ubat

 

Kebanyakan daripada kita akan mengambil ubat apabila sakit. Terdapat juga sesetengah orang mengambil ubat-ubatan untuk tujuan kecantikan dan untuk tujuan menghidari daripada penyakit. Namun, kita selalu lalai tentang ketulenan tersebut serta pendaftaran ubat-ubatan. Menyedari daripada keadaan ini, pihak Kementerian Kesihatan telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Kenali Ubat Anda pada 24 Oktober 2011 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun.  Selain itu, untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam untuk mengenali ubat, satu pameran Kenali Ubat turut diadakan. Ceramah dan pameran tersebut telah diaturkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan tujuan memberikan maklumat serta kesedaran kepada murid dan guru tentang kepentingan mengenali ubat-ubatan yang diambil.

Ceramah “kenali ubat anda” telah disampaikan oleh Cik Aliana A. Rahman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut beliau, kesedaran untuk mengenali ubat penting supaya kita tidak mengambil ubat yang mungkin boleh menyebabkan kemudaratan serta kaedah mengenalpasti ubat palsu yang terdapat di pasaran. Selepas ceramah, murid diberikan masa untuk sesi kuiz dan murid yang dapat menjawab soalan kuiz akan diberikan hadiah yang disediakan oleh pihak Kementerian. Diharapkan melalui ceramah dan pameran ini akan memberikan satu kesedaran untuk mengenali ubat yang diambil.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *