Bengkel Pemantapan Nasyid Bersama Daqmie

0

https://i0.wp.com/s3.postimg.org/9aiqleioz/daqmie.jpg?w=640

Pada khamis, 6 Mac 2014, Pasukan nasyid SMKADG telah bertuah kerana mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada seorang komposer yang terkenal dalam bidang nasyid iaitu Daqmie.  Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manaf lebih banyak memberi tumpuan kepada kerjaya di belakang tabir sebagai seorang jurutera bunyi dan kerap terbabit dengan penerbitan album beberapa kumpulan nasyid popular selama 15 tahun. Daqmie juga pernah terlibat sebagai pengarah muzik bagi beberapa konsert Islami antaranya ialah Malam Sinar Maulidurrasul di Stadium Melawati Shah Alam (2005), Konsert Raihan di Afrika Selatan (2003), Konsert Rabbani di Brunei, Indonesia (2003) dan United Kingdom (2005). Selain itu, Daqmie juga pernah meraih beberapa anugerah pencapaiannya dalam dunia hiburan. Antaranya ialah anugerah Album Nasyid Terbaik AIM15 (album Maulana-Rabbani) dan World Music Festival 2008 di Pulang Pinang. Bengkel selama sehari ini banyak mendedahkan pelajar kepada teknik bermain instrumen muzik dan gubahan lagu. Semoga pendedahan daripada Daqmie ini dapat memberi manafaat kepada pasukan nasyid sekolah. terima kasih.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *