KEJOHANAN PERTANDINGAN STEM GENEGRASI MADANI DAERAH MARANG 2025

*BERITA KECEMERLANGAN STEM – KEJOHANAN PERTANDINGAN STEM GENEGRASI MADANI DAERAH MARANG 2025*
*SMKA Durian Guling dan SK Rawai* telah menjadi *tuan rumah bersama* bagi *Pertandingan STEM Generasi Madani Peringkat Daerah Marang* yang berlangsung dengan meriah pada *17 Jun 2025*. Pelbagai acara STEM telah dipertandingkan melibatkan sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh daerah.
Antara pencapaian membanggakan oleh pasukan dari SMKA Durian Guling:
1. *Johan (Robot Battle Challenge B)*
2. *Naib Johan (Robot Battle Challenge A)*
3. *Tempat Ke-3 (Robot Battle Challenge B)*
4. *Johan (Water Rocket Challenge)*
5. *Johan (Innovation of Tomborow)*
6. *Kelima – Drone Challenge*
Pertandingan ini bukan sahaja mengasah kreativiti dan kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi, malah memupuk kerjasama berpasukan dan daya saing sihat.
*Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing!* Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus mengembangkan inovasi dan kecemerlangan dalam bidang STEM.