MAJLIS TEMU MURNI SPM 2016

0

21 jun 2016 – Satu program telah dijalankan pada 21 jun 2016 (selasa) bagi merealisasikan kerjasama antara warga pendidik dengan ibu bapa para pelajar SMKADG berterusan menjelang peperiksaan SPM 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh hal yang sedemikian,SMKDG telah mengambil kesempatan dan inisiatif dengan mengadakan Program Temu Murni Pelajar Tingkatan 5 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun pada pukul 11 pagi. Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan warga pendidik dengan ibu bapa dan para pelajar selain bersama-sama berkongsi pendapat dengan ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak mereka.Para pelajar ditemani ibu bapa mereka berbincang dan berkongsi idea tentang permasalahan anak-anak mereka dalam bidang akademik bersama-sama guru kelas masing-masing untuk sama-sama mengatasinya .Program Temu Murni berjalan dengan baik dan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada Ibu bapa.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *