Kempen derma darah SMKADG 2012

0

1 JULAI 2012, AHAD – AKTIVITI pendidikan melalui kegiatan kokurikulum merupakan satu wadah berkesan dalam menerap segala unsur mulia kepada para pelajar. Begitu juga dengan amalan menderma darah walaupun bukan semua orang layak disebabkan faktor usia dan tahap kesihatan namun ia perlu dibudayakan dalam kalangan pelajar. Justeru, SMKADG menganjurkan Hari Kempen Menderma Darah di sekolah hari ini.

Guru Penyelaras program itu, En. Kamarul Sidek memberitahu, seramai 160 pelajar tingkatan lima dan enam telah menderma darah pada program yang mendapat kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Malah, katanya, guru juga turut sama menderma darah masing-masing. “Sambutan memberangsangkan ini membuktikan budaya  atau nilai diri cakna kepada keperluan orang lain semakin menebal dalam kalangan pelajar. “Situasi seperti ini seharusnya terus dihidupsuburkan kerana didikan di sekolah tidak terhad kepada bidang akademik semata-mata, sebaliknya turut merangkumi penerapan nilai keperibadian mulia,” jelasnya.

 

Ciri penderma darah:

1. Sihat tubuh badan.

2. Berumur 18 hingg 65 tahun, berat badan melebihi 45kg

3. Tahap hemoglobin melebihi 12.5%

4. Tiada penyakit kronik

5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma

6. Tidak mengambil antibiotik

7. Tidur lebih 6 jam pada malam sebelum hendak menderma

PENTING !!!

Anda DILARANG menderma darah sekiranya :

Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :

– Menggunakan dadah secara suntikan

– Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks

– Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri

– Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas

– Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

– Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda menghidapi penyakit-penyakit seperti :

– Sifilis

– Malaria

– Sakit jantung

– Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit

– Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah

– Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak

– Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *