HARI GURU 2012
INFO: Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Sambutan Hari Guru pada hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak-anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara dan modal insan yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Warga SMKADG tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan silat, doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu-lagu, bacaan perutusan khas sempena hari guru, ucapan ketua murid, ucapan wakil guru, ucapan Guru Besar, sukaneka dan lain-lain.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
~USMAN AWANG