KEMPEN DERMA DARAH SMKADG 2011

0

6 JULAI 2011, RABU – AKTIVITI pendidikan melalui kegiatan kokurikulum merupakan satu wadah berkesan dalam menerap segala unsur mulia kepada para pelajar. Begitu juga dengan amalan menderma darah walaupun bukan semua orang layak disebabkan faktor usia dan tahap kesihatan namun ia perlu dibudayakan dalam kalangan pelajar. Justeru, SMKADG menganjurkan Hari Kempen Menderma Darah di sekolah hari ini.

Guru Penyelaras program itu, En. Kamarul Sidek memberitahu, seramai 160 pelajar tingkatan lima dan enam telah menderma darah pada program yang mendapat kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Malah, katanya, guru juga turut sama menderma darah masing-masing. “Sambutan memberangsangkan ini membuktikan budaya  atau nilai diri cakna kepada keperluan orang lain semakin menebal dalam kalangan pelajar. “Situasi seperti ini seharusnya terus dihidupsuburkan kerana didikan di sekolah tidak terhad kepada bidang akademik semata-mata, sebaliknya turut merangkumi penerapan nilai keperibadian mulia,” jelasnya.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *