Hari Penilaian Markah Kokurikulum 2010
28 SEPT 2010 – Telah berlangsung program yang dijalankan pada setiap tahun iaitu Hari Penilaian Markah kokurikulum. Dimana pada hari ini semua pelajar SMKADG berkumpul di dewan sekolah untuk mendapatkan markah kokurikulum daripada guru rumah sukan, kelab dan pertandingan. Markah kokurikulum ini amat penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti.
Turut berlangsung pada hari ini ialah “Kempen Pendaftaran akaun Tabung Haji” dimana dua orang pegawai dari Tabung Haji telah datang memberikan taklimat dan menjalankan proses pendaftaran akaun tabung haji.
Panitia Bahasa Inggeris juga telah menjalankan kursus Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan satu bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar tingkatan satu.
GALERI GAMBAR