SEKAPUR SIREH

 

 

 

Syukur Alhamdulillah, kita bertemu di Tahun 2011. Izinkan saya berada disini bagi menabur khidmat bakti, mengabdikan diri bersama seluruh warga SMKADG sama ada guru, staf sokongan, pelajar, ibu bapa, Alumni mahupun masyarakat prihatin yang ingin melihat kegemilangan SMKADG. Insya’Allah, kita garapkan kerjasama sepasukan ; bergerak sederap, serentak dan seirama.

 

2.       Amanah dan tanggungjawab yang kita pikul bersama dengan harapan tinggi daripada ibu bapa / waris pelajar beserta sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kita merealisasikan Visi SMKADG : SMKADG TERBILANG 2015. Kita dituntut bukan sahaja membina generasi dan pemimpin terbilang masa hadapan tetapi mestilah mampu bersaing secara global dengan berteraskan keseimbangan Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani terbilang. Pembinaan watak dan jatidiri disertai kecemerlangan akademik bakal melahirkan pemimpin hebat yang sentiasa menjadi tradisi SMKADG.

 

3.       Justeru itu, marilah kita mengamalkan ‘Budaya Kerja Cemerlang, Memiliki Ciri Yang berkesan’ (Stephen Covey) dan seterusnya ‘Bekerja Seronok, Seronok Bekerja’ (Datin Zakiah Hanum).

 

Ikhlas daripada,

(TN HJ MUSTAFA BIN EMBONG)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *