Program TAKLIF (Pengukuhan & Pemantapan Tanggungjawab)

0

SMKADG dengan Kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan satu program yang diberi nama “TAKLIF”. program ini merupakan program tahunan SMKADG dan YPKT. Pada edisi kali ini program TAKLIF ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat.

LATAR BELAKANG

Secara umumnya kebanyakkan anak-anak mengetahui tanda-tanda samada dia sudah baligh atau belum baligh, tetapi berapa ramai dikalangan mereka mereka yang tahu apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka.

Ada dikalangan ibubapa mengambil sikap mudah dalam menerangkan keperluan tanggunjawab yang perlu dipikul oleh anak-anak mereka secara tidak formal dan beranggapan perkara ini suatu kebiasaan.

Melalui program ini “ penyerahan tanggungjawab / taklif” ini dibuat secara formal dan lebih menimbulkan rasa sikap keperihatinan dalam melaksanakan penyerahan ini di antara ibubapa dan anak-anak mereka.

OBJEKTIF

Membantu ibubapa mewujudkan komunikasi, hubungan berkesan dan persefahaman di antara anak-anak.

Memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan tanggungjawab dalam membimbing anak-anak dalam menempuh cabaran hidup.

Melaksanakan aktiviti penyerahan tanggungjawab ibubapa yang mencapai umur peringkat akhil baligh.

SINOPSIS PROGRAM

Modul Sakinah berbentuk ceramah, bengkel, soaljawab dan permainan.

KUMPULAN SASAR

Remaja & Ibubapa

TEMPOH PROGRAM

1/2 hari

 

Video Lafaz Taklif

https://i0.wp.com/s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *