Majlis pelancaran SUMUR & Guru Penyayang peringkat sekolah 2014. Dirasmikan oleh penolong kanan pentadbiran Pn. hafizah bt Said.

PENGENALAN

Selaras dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah unggul, maka dicadangkan supaya diwujudkan program pembinaan sahsiah murid secara rutin. Ia menjurus kapada pengisian ilmu dan penghayatan kepada nilai-nilai agama. Program ini akan menjadi pemangkin dan pendorong ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri cinta terhadap agama serta diri sendiri. Perlaksanaannya melibatkan para guru dan pemimpin pelajar serta nuqaba’. Di samping kelangsungannya berterusan sepanjang tahun dan pemantauannya berjalan seiring supaya kualitinya sentiasa terpelihara. Justeru, harapan yang tinggi kepada pihak pentadbiran, guru serta pelajar agar dapat memberi kerjasama yang padu di dalam menjayakan hasrat murni ini.

 

MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mendalami ilmu agama, serta menghayati nilai-nilainya.

 

OBJEKTIF

a.Menyemarakkan budaya beribadat dalam kalangan pelajar.

b.Menyuburkan suasana ilmu dalam kalangan pelajar.

 

CIRI-CIRI SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

 

1. Beragama

a) Menjaga solat

b) Mendampingi al-Quran

c) Mengamalkan wirid dan zikir

 

2) Berketrampilan

a) Berpakaian menutup aurat dan kemas

b) Menjaga adab sopan dalam pergaulan.

c) Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

 

3) Jati diri

a) Mempunyai keyakinan diri.

b) Sabar dan tabah.

c) Mempunyai semangat juang untuk bersaing ke arah kecemerlangan.

 

4) Berbudi bahasa

a) Menghormati orang lain.

b) Bercakap dengan bahasa yang sopan dan lembut.

c) Menghargai orang lain

 

https://i0.wp.com/s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *