Kejohanan Merentas Desa Peringkat sekolah 2014

0

 

Pada khamis 30 januari telah diadakan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian. Rumah laksamana telah diumumkan menjadi johan keseluruhan. Tahniah diucapkan.

 

30 JANUARI 2014 – Telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Sebelum bermulanya acara merentas desa, para peserta melakukan aktiviti regangan badan yang diketuai oleh Cikgu Kamarul b. Sidek selaku Penyelia Kejohanan. Selepas itu, semua peserta berkumpul di pintu pagar asrama untuk memulakan acara. Semua peserta dilepaskan oleh Puan Pengetua, Pn. Kamariah Ali.
Para peserta berlari sejauh 6 km meliputi sebahagian kawasan di Kampung Belukar Gorek. Trek yang digunakan adalah seperti trek yang telah ditetapkan pada tahun lepas. Trek yang landai memberi kelebihan kepada para pelari untuk berlari pantas tetapi cuaca yang panas telah memberi cabaran yang hebat kepada semua peserta.
Setiap check point diawasi oleh guru bertugas bagi memastikan pelajar menggunakan laluan yang betul. Para pemenang akan diberikan nombor dan namanya diambil untuk penyampaian hadiah. Para pegawai begitu komited terhadap tugas yang mereka jalankan.
Selepas semua peserta berjaya menamatkan larian, tiba pula masa penyampaian hadiah. Hanya 20 peserta lelaki dan perempuan yang menerima hadiah. Para pemenang mendapat pingat / medal mengikut ranking / kedudukan dan sijil penyertaan. Rumah Laksamana telah menjadi johan keseluruhan pertandingan pada kali ini.

https://i0.wp.com/s8.postimg.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *