Sesi Motivasi Bersama Ketua Sektor Sektor Jaminan Kualiti
2 September 2013 – Pada hari ini SMKADG berasa sungguh bertuah kerana telah dilawati Ketua Sektor Sektor Jaminan Kualiti, YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor. Dalam sesi lawatan ini, beliau berkesempatan berjumpa dan memberi sedikit motivasi kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. diharap pelajar akan mendapat semangat baru untuk belajar seterusnya berjaya dalam peperiksaan selepas ini.