https://i0.wp.com/s13.postimg.org/44e0t8eqv/hguru13.jpg?w=640

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dijalankan pada 16 Mei 2013 (Khamis).  Sambutan dimulakan dengan guru-guru diraikan bersama paluan kompang beserta iringan bunga manggar oleh murid-murid kompang. Para jemputan kehormat yang terdiri daripada YDP PIBG SMKADG dan wakil PPD turut meraikan dan mengiringi guru-guru dari pejabat hingga ke dewan sekolah. Setelah itu, bacaan doa disampaikan oleh wakil pelajar untuk memberkati majlis. Ucapan seterusnya telah disampaikan oleh Pn. Pengetua SMKADG dan akhir sekali ucapan daripada Yang DiPertua PIBG. Selepas itu, dituruti dengan ucapan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh Pn. Hafizah bt Said kepada umum. Bacaaan ikrar guru-guru telah diketuai oleh En. Khairul Afandi selaku pengerusi kelab guru. Seterusnya, nyanyian lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh para guru dengan bersemangat dan harmoni. Bagi melengkapkan lagi sambutan Hari Guru, upacara memotong kek telah dijalankan dengan diketuai oleh Pengetua SMKADG. Sambutan hari guru kemudianya diteruskan lagi dengan acara sukaneka dan futsal.

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *