MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) 2013 PERINGKAT SEKOLAH

0

https://i0.wp.com/s16.postimage.org/5s6vhd9th/MTQ13.jpg?w=640

Pada hari rabu 13 Mac 2013 telah diadakan pertandingan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Peringkat sekolah. Majlis Tadarus Al-Qur’an (MTQ) pada peringkat sekolah lazimnya diadakan terlebih dahulu sebelum diadakan MTQ peringkat Daerah dan Negeri. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai kekuatan proses pengajaran dan pembelajaran serta keberkesanan aktiviti Pendidikan Islam di setiap sekolah. Melalui program ini, pelajar yang berbakat dan berpotensi dapat dikenalpasti. Mereka akan mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Majlis Tadarus Al-Qur’an merupakan satu majlis ilmu yang berkonsepkan Al-Qur’an sebagai wadah utama. Semua aktiviti yang terdapat di dalamnya diwajibkan ada hubungkait dengan al-Qur’an dan As-Sunnah . Hal ini bertujuan memperkasakan Pendidikan Islam di kalangan pelajar dan warga sekolah amnya.

Antara objektif MTQ kali ini adalah:

Mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang syarahan agama,nasyid,tilawah,azan dan hafazan al-Qur’an.
Memilih peserta yang berkualiti dan berhemah tinggi.
Melahirkan pelajar yang mahir dalam semua bidang yang diceburi.
Menanam minat dan cintakan ilmu agama melebihi ilmu-ilmu fardu kifayah yang lain.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *