Majlis pengagihan bantuan persekolahan RM100
27 januari 2013, Telah diadakan satu majlis pengagihan bantuan persekolahan RM100 bertempat di Dewan Besar Ibnu Khaldun. Majlis ini telah di rasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Datuk Yahya Khatib Mohamad D.P.M.T., P.K.C.
Menurutnya, Kerajaan memperuntukkan RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara tahun ini yang akan disalurkan bermula 15 Januari lalu. Bantuan persekolahan RM100 itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.