Pelitup dapat mengelakkan penyebaran virus

Lindungi diri anda dan orang lain di sekitar anda dengan mengetahui fakta yang betul dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan di tempat anda.
Untuk mencegah penyebaran COVID-19:
Bersihkan tangan anda dengan kerap. Gunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
Kekalkan jarak yang selamat daripada sesiapa yang batuk atau bersin.
Pakai pelitup sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilakukan.
Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda.
Tutup hidung dan mulut anda dengan siku anda yang dibengkokkan atau tisu apabila anda batuk atau bersin.
Duduk rumah jika anda berasa tidak sihat.
Jika anda demam, batuk dan mengalami kesukaran bernafas, dapatkan rawatan perubatan.
Hubungi pembekal penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu supaya anda dapat diarahkan ke kemudahan kesihatan yang betul. Tindakan ini akan melindungi diri anda dan mengelakkan penyebaran virus serta jangkitan lain.
Pelitup
Pelitup dapat mengelakkan penyebaran virus daripada orang yang memakai pelitup kepada orang lain. Pemakaian pelitup sahaja tidak akan memberikan perlindungan terhadap COVID-19, penjarakan fizikal dan kebersihan tangan juga perlu diamalkan. Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan di tempat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *