Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST 2021)

MAKLUMAN PERTANDINGAN DST 2021
1. Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST 2021) dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur (JPWPKL) sebagai tuan rumah. Pertandingan ini telah dijalankan bermula pada tahun 2013 – 2020 dan menjangkau tempoh 8 tahun pelaksanaannya.
2. Objektif DST 2021 ialah untuk:
Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan bahan animasi kreatif;
Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan animasi kreatif;
Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan animasi kreatif; dan
Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif.
3. DST 2021 bermula pada 20 April 2021. Hasil produksi video animasi setiap pasukan sekolah perlu dihantar sebelum atau pada 16 Julai 2021.
4. Pada tahun ini tema yang dipilih adalah berdasarkan buku teks bagi menyokong lebih banyak bahan kreatif dan interaktif dihasilkan.

KELAYAKAN PERTANDINGAN DST 2021
1. Terbuka kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Setiap sekolah hanya diwakili satu (1) penyertaan sahaja.
3. Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh (3) tiga murid dan seorang guru sebagai pembimbing. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak, dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.
4. Kategori yang dipertandingkan adalah:
a) Sekolah Rendah (murid 7 hingga 12 tahun)
b) Sekolah Menengah (murid 13 hingga 17 tahun)
5. Tema produksi Bahasa Melayu bagi Kategori Sekolah Rendah ialah mana-mana tema dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 manakala bagi Kategori Sekolah Menengah ialah mana-mana tema dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5.
6. Tema produksi Bahasa Inggeris bagi Kategori Sekolah Rendah ialah mana-mana unit dalam Buku Teks English Year 5 manakala bagi Kategori Sekolah Menengah ialah mana-mana unit dalam Buku Teks English Form 5.
7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat.
8. Peserta yang gagal mematuhi syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya daripada pertandingan dan keputusan penjurian adalah muktamad.
GARIS MASA PERTANDINGAN DST 2021

SYARAT PERTANDINGAN DST 2021
1. Berbentuk penceritaan dalam animasi grafik.

a. Mempunyai papan cerita (storyboard) – iaitu mempunyai plot penceritaan, penggabungan watak, latar belakang, rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.

b. Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemua/sebahagian daripadanya.

c. Tempoh tayangan adalah antara 3 hingga 5 minit (termasuk intro, montaj dan penghargaan).

d. Karya mestilah asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang sudah diterbitkan. Setiap runut bunyi yang mempunyai hakcipta terpelihara, butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis dan dinyatakan dengan jelas dalam animasi tersebut.

e. Karya adalah ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan animasi atau yang sepertinya.

f. Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

g. Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

h. Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu.

i. Karya hanya boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

2. Produksi yang dihasilkan hanya dalam bentuk animasi. Teknik-teknik animasi yang diterima adalah:
a. Tradisional
b. Stop motion
c. Computer animation (2D/3D)
d. Erasure animation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *