CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL 2021

MAKLUMAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2021dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia buat kali ke-4 dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebagai tuan rumah.

2. Tema CAKNA 2021 ialah ETIKA SIBER.

3. Objektif pertandingan ini ialah untuk

  • memupuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal mengenai isu-isu semasa berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) , keselamatan siber dan penggunaan internet secara positif,

  • merapatkan jurang murid antara bandar dan luar bandar dalam konteks keselamatan siber,

  • menggalakkan penggunaan teknologi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), dan

  • menggalakkan keyakinan diri melalui pengucapan awam dan kemahiran interpersonal.

KELAYAKAN PERTANDINGAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah harian (kecuali Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau sekolah yang mempunyai lebih daripada 80% murid yang tinggal di asrama) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

GARIS MASA PERTANDINGAN

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

2. Pertandingan ini adalah dalam bentuk kumpulan dan diwakili oleh 2 orang peserta daripada setiap sekolah.

3. Sekolah yang ingin mengambil bahagian perlu menghantar video peserta yang membentangkan topik yang bertajuk Prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan sangat berkait rapat dengan tiga komponen iaitu etika, pengetahuan dan kesedaran. Sebagai seorang warga siber yang bertanggungjawab, bagaimanakah 3 komponen ini berperanan dalam merealisasikan etika siber yang positif?’

4. Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini wajib untuk memuat naik video penyertaan berdurasi tidak melebihi 3 minit.

5. Video ini perlu dihantar melalui aplikasi FLIPGRID menggunakan Join Code mengikut negeri masing-masing.

6. Sila rujuk Join Code mengikut negeri masing-masing seperti di bahagian Penghantaran Penyertaan. Penyertaan tanpa pautan dari aplikasi FLIPGRID dianggap terbatal secara automatik.

7. Borang penyertaan perlu diisi sebelum atau pada 30 Jun 2021. Penghantaran selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.

8. Sebarang perubahan peraturan dan undang-undang pertandingan ini adalah hak mutlak pihak penganjur.

9. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

ASPEK PENILAIAN VIDEO

1. Semua penyertaan akan melalui proses saringan di peringkat negeri masing-masing. Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri sebelum dicalonkan ke peringkat kebangsaan.

2. Hanya satu (1) pasukan maksimum bagi setiap kategori mewakili negeri masing-masing layak dipilih ke peringkat kebangsaan. Penyertaan yang tidak berjaya ke peringkat kebangsaan akan mendapat sijil elektronik penyertaan di peringkat negeri sahaja.

3. Keseluruhan video penyertaan yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan aspek penilaian berikut:

PENILAIAN

  • Penjelasan yang tepat dan relevan

  • Idea yang bernas dan kreatif

  • Pembentangan eksekutif yang meyakinkan

  • Pengintegrasian TMK dalam pembentangan

  • Kreativiti semasa pembentangan

STRATEGI

  • Merancang struktur dan masa pembentangan dengan baik

  • Menggunakan laras bahasa yang sesuai

  • Menepati had masa yang ditetapkan

BAHASA

  • Bahasa yang jelas

  • Terminologi yang betul

  • Gaya bahasa yang berkesan dan tepat

GAYA

Cara peserta membuat pembentangan termasuk bahasa badan, hubungan mata dan modulasi suara

TMK

  • Penggunaan dan pengintegrasian TMK dengan efisyen

  • Bahan pembentangan yang menarik dan kreatif

  • Bahan pembentangan mematuhi peraturan hak cipta terpelihara

HADIAH

1. Semua penyertaan di peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh negeri masing-masing.

2. Pasukan yang mewakili negeri masing-masing akan menerima sijil elektronik penyertaan peringkat kebangsaan.

3. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : RM 2,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan

Tempat Kedua : RM 1,000 + Trofi + Sijil Pengiktirafan

Tempat Ketiga : RM 500 + Trofi + Sijil Pengiktirafan

Saguhati : RM 50 + Sijil Penghargaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *