Pemberian data 1GB dan pakej khas pelajar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mendapat per setujuan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM), untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian PERCUMA kepada semua pelanggan masing-masing sehingga 31 Julai 2021.

Pemberian data percuma 1GB secara harian sejak April 2020, bertujuan membantu rakyat menghadapi norma baharu digitalisasi semasa dilanda pandemik COVID-19. Inisiatif ‘Learn From Home (LFH) oleh YES turut dilanjutkan sehingga 30 September 2021 dan ia merangkumi semua penuntut IPT. Pakej istimewa ini menyediakan kad SIM percuma serta data sebanyak 40GB, selain itu kandungan dan telefon percuma untuk pelajar daripada keluarga B40.

Lanjutan terbaharu ini dibuat sebagai sokongan tambahan kepada rakyat, atas ehsan dan keprihatinan syarikat telekomunikasi memandangkan situasi pandemik COVID-19 di negara ini masih belum stabil, lebih-lebih lagi untuk membantu pelajar-pelajar sekolah beralih semula kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas Aidilfitri seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan, baru-bar u ini.

Pakej langganan khas untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaksanakan sejak 6 Januari 2021 hingga akhir April ini.

Pakej prabayar oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) ini menawarkan pas data 15GB dengan harga serendah RM20 sebulan. Bagi memberi kemudahan kepada pelajar dan warga B40 yang mendiami kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), kerajaan dan syarikat telekomunikasi turut melanjutkan tempoh operasi 54 Pusat Internet Komuniti (PIK) di kawasan PPR di seluruh negara.

Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) atau GDRN yang diterajui oleh Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad dan TM.

Ini adalah kali kedua syarikat telekomunikasi menghulurkan sumbangan kepada GDRN. Selain sumbangan wang tunai melalui GDRN, kebanyakan syarikat telekomunikasi turut melanjutkan penawaran Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari dan ia terpakai untuk data mudah alih bagi tujuan pembelajaran dan produktiviti di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sehingga 31 Julai 2021 di samping memperkenalkan pakej khas.

Sejak 8 Januari 2021 hingga hujung April 2021, PIK telah dibuka dari jam 9.00 pa gi hingga 9.00 malam, setiap hari kecuali pada hari cuti umum.

Daripada jumlah itu, 17 PIK berada di Wilayah Persekutuan dan baki 37 PIK berada di lain-lain negeri. Diharapkan langkah ini dapat membantu isi rumah dan pelajar terutamanya calon peperiksaan SPM dan STPM 2021 untuk mengikuti pembelajaran serta melakukan urusan harian secara dalam talian dengan murah dan selesa di PIK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *