Ketirisan data pengguna Facebook, rakyat Malaysia tidak terkecuali

MAKLUMAT peribadi lebih setengah bilion pengguna Facebook termasuk numbor telefon mereka dimuat naik dalam sebuah laman web yang digunakan oleh penggodam.
Perkara berkenaan didedahkan oleh pakar perisikan siber Alon Gal yang juga merupakan Ketua Pegawai Teknologi Hudson Rock.
Data yang terdedah termasuk nama penuh, lokasi, tarikh lahir, alamat e-mel, nombor telefon dan status perkahwinan.
etirisan data ini mula dilaporkan laman Insider.
Sementara itu, jurucakap Facebook, Andy Stone memaklumkan kepada CNN bahawa data berkenaan adalah data lama di mana pihaknya sudah menangani isu berkenaan pada Ogos 2019.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan data lebih 11 juta pengguna telefon terlibat dalam ketirisan ini.
Ia melibatkan nombor-nombor yang bermula antaranya dengan 010 dan 019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *