SMKADG JOHAN BOLA BALING MSSD MARANG 2023

0

photo-2023-07-10-10-12-55

Kemampuan pelajar SMKADG dalam arena sukan sama sekali tidak boleh dipandang enteng. Setelah muncul Johan dalam kejohanan Bola sepak MSSD Marang,
SMKADG kini muncul juara Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Marang 2023.

Kejohanan berlangsung pada 5 hingga 6 Julai di gelanggang futsal Kg Undang, Marang, itu menyaksikan SMKADG mengatasi 13 sekolah lain di dalam daerah Marang yang mengambil bahagian.

Jurulatihnya, En. Hisham berkata, pasukannya membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima yang masih kurang pengalaman serta pendedahan.

“Mereka adalah pelajar aliran agama tingkatan empat hingga lima yang kurang kurang pengalaman, kurang pendedahan dan tiada sebarang perlawanan persahabatan sebelum kejohanan.

“Apapun, kekuatan mental dan rohani pemain menjadi faktor penting kepada kejayaan kali ini,” katanya.

Menurutnya, dua kelebihan utama pelajar agama adalah mental yang bijak dan cepat menguasai setiap latihan serta permainan, selain kekuatan rohani dan keazaman untuk menang.

“Sebenarnya saya latih tak sampai dua minggu pun tapi mereka cepat belajar.

“Saya tengok masa perlawanan sebelum ini bila masuk saja gelanggang dan wisel ditiup mereka terus jadi bersemangat. Itu kekuatan mereka,” katanya.

Hisham berkata, walaupun pasukannya menjalani latihan dalam keadaan agak mencabar disebabkan kekurangan kemudahan di sekolah, dia tetap berpuas hati dengan kesungguhan ditampilkan pemainnya.

Menurutnya, kekangan kemudahan itu termasuk mereka memiliki gelanggang, tetapi tidak mengikut ukuran sebenar gelanggang bola baling.

“Bagaimanapun, saya puji semangat pemain dan mereka ada kelebihan tersendiri,” katanya.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *