PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM SMKADG KALI KE-14/2011

0

Perkhemahan Unit Beruniform ini telah berjaya diadakan pada 7hb Julai hingga 9hb Julai 2011. Tapak perkhemahan adalah di Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Seramai 205 pelajar yang telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform ini. Unit Beruniform yang terlibat ialah sebanyak 8 unit iaitu Puteri Islam, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Pertahanan Awam, Pandu Puteri dan Kadet Bomba. Kem komandan yang telah dilantik pada tahun ini ialah En. Salleh Bin Suhaimi. Manakala Timbalan Kem Komandan(Lelaki) ialah En. Rosli Bin Ismail.

Perasmian perkhemahan ini telah disempurnakan pada hari Khamis (7hb Julai 2011) oleh GPK Kokurikulum, En Suzaiki Bin Ali.  Pelbagai aktiviti yang telah diadakan semasa perkhemahan ini antaranya ialah Barbeku Perdana, Pertandingan Kawad, Pertandingan Gadget dan Latihan rintangan, Pertolongan Cemas, malam kebudayaan dan akhir sekali penyampaian hadiah kepada pemenang. Puteri Islam telah dinobatkan sebagai unit beruniform yang terbaik secara keseluruhan di dalam Perkhemahan Unit Beruniform 2011.


 

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERKHEMAHAN TAHUNAN KALI 14/2011

LELAKI

 

KAWAD KAKI

1. PENGAKAP

2. KADET BOMBA

3. KADET POLIS

 

KEBUDAYAAN

1. KADET BOMBA

2. PENGAKAP

3. BSMM

 

REMPUH HALANGAN

1. KADET POLIS

2. PENGAKAP

3. KRS

 

KHEMAH & KRAF TERBAIK

1. PENGAKAP

2. KRS

3. KADET POLIS

 

PEREMPUAN

 

KAWAD KAKI

1. KADET BOMBA

2. KADET POLIS

3. RANJER PUTERI

 

KEBUDAYAAN

1. RANJER PUTERI

2. KADET BOMBA

3. BSMM

 

REMPUH HALANGAN

1. PUTERI ISLAM

2. RANJER PUTERI

3. KADET POLIS

 

KHEMAH & KRAF TERBAIK

1. KADET BOMBA

2. PUTERI ISLAM

3. PANDU PUTERI

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *