Pasukan Bola Tampar perempuam SMKA Durian Guling Muncul Johan Kejohanan Bola Tampar PPD Marang 2025


Marang, 23 Januari 2025 – Pasukan bola tampar perempuan SMKA Durian Guling sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Tampar PPD Marang 2025.
Kejohanan yang berlangsung pada 23 Januari ini menyaksikan pasukan SMKA Durian Guling mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan. Dengan semangat juang yang tinggi dan strategi permainan yang mantap, mereka berjaya menewaskan pasukan lawan dalam perlawanan akhir dan membawa pulang gelaran juara.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pemain serta jurulatih atas usaha gigih dan dedikasi mereka dalam mencapai kejayaan ini. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dalam bidang sukan.
Alhamdulillah, semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan. SMKA Durian Guling, terus maju dalam sukan dan akademik!