MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

0

https://i0.wp.com/s29.postimg.org/y9nax6kyv/dfdfdfd.jpg?w=640

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SMKA Durian Guling  telah diadakan pada 29 Januari 2015. Acara yang disertai oleh semua pelajar ini bermula pada jam 8.30 pagi. Sebelum acara bermula, pelajar berkumpul di padang sekolah bagi membaca doa, mendengar taklimat daripada Encik Khairul Izzat Ismail, Setiausaha Sukan serta mendengar taklimat daripada guru rumah masing – masing. Pelajar lelaki telah dilepaskan terlebih dahulu dan disusuli dengan pelajar perempuan oleh Pn. Kamariah bt Ali, Pengetua SMKADG. Pelajar begitu bersemangat berlari dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi dalam memastikan kejuraan rumah sukan masing – masing.

Tahniah kepada Rumah Laksamana kerana menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Tahniah juga buat semua pelajar atas semangat kesukanan yang begitu tinggi dalam diri. Semoga semangat ini akan terus dibawa dan disemarakkan lagi untuk kejohanan balapan dan padang yang mungkin akan diadakan pada pertengahan tahun 2015, inshaAllah.

 

https://i0.wp.com/s8.postimg.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *