Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2012
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas telah berjaya diadakan dan disempurnakan oleh ketua sektor pendidikan islam JPNT, Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Pelajar Berjasa. Dalam ucapan perasmian, ketua sektor pendidikan islam JPNT, Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh mengingatkan para pengawas supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.
Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan teratur.