LARIAN 1MURID 1SUKAN
{youtube}0IblhV2I9d8{/youtube}
Kementerian Pelajaran semalam melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.
SMKADG juga tidak ketinggalan menyertai larian ini yang dinobatkan sebagai larian terbesar di Malaysia. Larian ini diadakan pada hari sabtu 2 julai 2011, bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9 pagi. Syabas diucapkan kepada semua warga SMKADG yang terlibat dalam larian ini.