MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM

0

mesya

MARANG, 16 Jan 2018 : Mersyuarat agung badan beruniform telah diadakan hari ini dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh semua tingkatan 1 hingga 6 serta guru masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti perlantikan AJK 2018 dan perancangan aktiviti untuk tahun 2018.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Rokiah bt Hassana, di antara lokasi mesyuarat ialah di Makmal sains, Dewan makan, Perpustakaan, Kantin serta bilik Kuliah. Berikut adalah senarai unit beruniform yang terlibat.

Badan Beruniform Agensi Kerajaan (GO)

  1. Kadet Polis
  2. Kadet Bomba
  3. Kadet Remaja Sekolah (di bawah Kem. Pendidikan Malaysia)

Badan Beruniform Bukan Agensi Kerajaan (NGO)

  1. Pengakap
  2. Persatuan Bulan Sabit Merah
  3. Pandu Puteri
  4. Puteri Islam

Badan Beruniform Yang Diluluskan Pendaftar

  1. Seni Bela Diri (Taekwando & Silat)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *