DASAR JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Pengenalan

 

Pengurusan Unit Hal Ehwal satu proses pengendalian sumber sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam instutiti sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan masyarakat.

 

Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid di SMKA Durian Guling melibatkan beberapa unit atau jawatankuasa penting dibawahnya iaitu :

 

A. SAHSIAH

 

1. Jawatankuasa SUMUR

2. Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas

3. Jawatankuasa Lembaga Disiplin

4. Jawatankuasa Buku Kawalan Kelas

5. Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian

6. Jawatankuasa Perhimpunan Mingguan

7. Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah

8. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah

9. Jawatankuasa Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan

10. Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar

11. Jawatankuasa Maklumat Murid (SMM) & APDM

12. Jawatankuasa Program Skim Lencana Anti Dadah/SLAD

13. Jawatankuasa Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

14. Jawatankuasa RIMUP

 

B. KEBAJIKAN

 

1. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar (YATIM/MISKIN)

2. Jawatankuasa Biasiswa

3. Jawatankuasa KWAPM

4. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks

5. Jawatankuasa Kesihatan dan Bilik Rawatan

6. Jawatankuasa Denggi

7. Jawatankuasa Siaraya

8. Jawatankuasa BAS Sekolah

9. Jawatankuasa 3K Sekolah

10. Jawatnkuasa Kantin Sekolah

 

C. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

1. Jawatankuasa Kad Maklumat Murid/Kad 001

2. Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya

3. Jawatankuasa Sekolah Selamat

 

 

D. ASRAMA

 

1. Jawatankuasa Pengurusan Penghuni Asrama

2. Jawatankuasa Lujnah/Biro Asrama

E. IKLIM

 

1. Jawatankuasa Pengurusan Surau

2. Jawatankuasa Pembangunan Fizikal

3. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Mesyuarat

4. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Dewan

5. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Tandas

6. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Darjah

7. Jawatankuasa Pengurusan bilik Guru

8. Jawatankuasa Pengurusan Kantin

9. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik-Bilik Khas

10. Jawatankuasa Keselamatan Sekolah

11. Jawatankuasa 3 Sekolah

 

1. PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PELAJAR

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

FAIL

Setiap jawatankuasa harus memiliki tiga (3) fail utama yang sentiasa dikemaskini :-

 

Fail

Bahagian

Kandungan

01

A

Carta Organisasi

Senarai Ahli Jawatankuasa

Biodata Guru

B

Surat Pekeliling / Siaran

Surat Masuk

Surat Keluar

02

A

Surat Panggilan Mesyuarat

Salinan Minit Mesyuarat

Perancangan Aktiviti Jawatankuasa

03

A

Pelan Tindakan Jawatankuasa

Laporan Aktiviti Jawatankuasa

Perkembangan Staf

B

Rekod Pelajar (jika berkaiatan)

Semua Jawatankuasa Pengurusan Pelajar

MESYUARAT JAWATANKUASA

1. Mesyuarat diadakan 4 kali setahun mengikut takwin yang telah ditetapkan atau bila-bila dirasakan perlu.

2. Agenda yang perlu dibincangkan.

    • Ucapan Pengurusi / Pentadbir
    • Maklum balas
    • Perbincangan program yang sedang dan akan dilaksanakan
    • Laporan / Kajian Aktiviti
    • Aktiviti Jawatankuasa
    • Belanjawan Jawatankuasa
    • Isu-isu semasa
    • Hal-hal lain

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

1. Diedarkan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan

 

2. Surat panggilan tersebut mestilah mengandungi

 

    • Nombor rujukan fail
    • Tarikh
    • Masa
    • Tempat
    • Agenda mesyuarat

 

3. Salinan hendakalah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua dan Penolong Kanan dan semua Guru Kanan Matapelajaran

2. PENGURUSAN DISIPLIN DAN SAHSIAH

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

PERSEDIAAN DAN OPERASI

Operasi Tindakan :

1. Maklumat disiplin pelajar

2. Rekod Disiplin Pelajar

3. Laporandan Analisa Kes Disiplin Pelajar

4. Tindakan / Hukuman Secara Insitu

5. Laporan Tindakan (kepada yang terlibat)

6. Langkah Tindakan

7. Rekod Tindakan / Hukuman

8. Laporan Oleh Jawatankuasa Disiplin Pelajar

9. Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin / Sidang kes

10. Prosedur Tindakan / Hukuman

11. Analisis Indikator / Laporan Bulanan

 

Semua Guru, Guru Bimbingan dan Jawatankuasa Disiplin Pelajar

Pemulihan

1. Prosedur Pemulihan Oleh Guru Bimbingan

2. Jawatankuasa Disiplin

3. Guru Tingkatan

4. Guru Mentor

5. Pentadbir

6. Ibu / Bapa / Keluarga

 

 

 

 

 

 

Pencegahan / Bimbingan / Pemupukan Nilai Murni :

1. Semua guru perlu maklum dan faham segala prosedur bimbingan dan tindakan

2. Semua pelajar wajib dimaklumkan tentang peraturan sekolah dan implikasi peraturan tersebut

3. Semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mesti bermotifkan kepada pemupukan nilai-nilai murni di kalangan pelajar

 

4. Semua aktiviti dan kegiatan mesti berfokus kepada MESRA PELANGGAN dan pendemokrasian pendidikan

5. Jawatankuasa Bimbingan Sekolah mesti meletakkan program pencegahan sebagai objektif utama di dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti dan kegiatan

 

DISIPLIN MURID

1. Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.


2. Guru-guru hendaklah mengambil tindakan mengikut Tatacara Pengendalian Disiplin Sekolah , jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.

(Rujuk Buku Modus Operandi Disiplin )


3. Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru yang diberi surat kuasa merotan oleh Pengetua dibenarkan merotan murid. Murid perempuan tidak boleh dirotan.


4. Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan prosedur disiplin diikuti dan perkara ini berlaku dalam makluman Pengetua.


5. Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru hendaklah memberi peluang kepada murid itu untuk membela diri dan menentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak.


6. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.


7. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.

 

Dasar Umum Disiplin
1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.

2. Setiap murid wajib memiliki buku catatan komunikasi dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan Rasmi & Harian.

3. Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan dari masa ke semasa.

Pemeriksaan Gempar/Spot Check

1. Pemeriksaan Gempar/spot check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.

2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan spot check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.

 

3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh AJK Disiplin dalam Buku Rekod Salah Laku . Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik PK HEM.

4. Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM.

5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu apa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. Barangan rampasan tersebut akan disimpan selama tiga tahun. Walaubagaiman pun, semua bergantung atas budi bicara pihak pentadbir.

 

 

6. Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat sekali setahun iaitu minggu akhir sebelum cuti akhir tahun.

7. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.

8. Semua bahan larangan seperti kamera, kamera digital, komputer riba ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.

9. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

Kaedah Mengatasi Disiplin

1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat

kepada:
– Semua guru
– kelas-kelas (untuk tampal)
– Bilik-bilik khas

2. Guru mata pelajaran/guru kelas – rekod kesalahan murid dalam buku kawalan kelas
– Guru penyelaras BKK akan kumpulkan.
– Guru penyelaras bawa kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk diambil tindakan seterusnya mengikut Tatacara Pengendalian Disiplin.

3. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
– Kedatangan penuh – 2 kali setahun
– Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)

4. Sijil Sifar Ponteng
– Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng sekolah akan diberikan sijil setiap 3 bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.

 

 

 

 

 

 

 

Pengurusan Perhimpunan Rasmi & Harian


1. Perhimpunan Rasmi dua minggu sekali diuruskan oleh Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi. (Tertakluk kpd perubahan)

2. Perhimpunan Harian diuruskan oleh guru bertugas Mingguan

 

3. Jawatankuasa yang bertugas akan mencatat dalam Buku Rekod Perhimpiunan Rasmi & Buku Rekod perrhimpunan Harian

4. Semua pelajar wajib membawa Buku Catatan Komunikasi semasa Perhimpunan Rasmi dan Perhimpunan Harian.

5. Semua guru diwajibkan hadir Perhimpunan Rasmi dan berada di atas pentas kecuali guru yang bertugas.

 

6. Semua kumpulan Pengurusan SMKADG memasuki dewan setelah semua guru dan pelajar berada di dalam dewan. Kemasukan Kumpulan Pengurusan SMKADG diumumkan oleh Pengacara Majlis.

7. Guru-guru & pelajar juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut.

8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dewan semasa perhimpunan sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru.

 

9. Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada di belakang podium. Teks pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan kepada Ketua AJK Perhimpunan.

10. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali Buku Catatan Komunikasi

 

11. Aturcara Perhimpunan Rasmi :

i. Ucapan Pengacara Perhimpunan

Lagu NegaraKu

Lagu Negeri Terengganu

Lagu Sekolah

– Asma’ al-Husna

 

ii. Ucapan Guru Bertugas Mingguan

( 2 ucapan Guru Bertugas Mingguan )

iii Ucapan Guru lain ( Jika ada )

( mohon maklumkan kepada Ketua Perhimpunan

Rasmi )

iv. Ucapan Guru Penolong Kanan / GKMP

v. Ucapan Pengetua

vi penyampaian hadiah ( jika ada )

Pengumuman

Bacaan doa

bersurai

DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

Ponteng Sekolah

1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

2. Guru Tingkatan hendaklah menendakan ‘O’ dalam BJKM kelas.


3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah seperti berikut :

PONTENG BERTERUSAN

Amaran 1 (3 hari)
Amaran 2 ( 3 + 7 = 10 hari )
Amaran Akhir (10 + 17 = 27 hari )
Buang Sekolah – (17 + 14 = 31 hari
)

Bilangan Hari 31 hari

PONTENG TIDAK BERTERUSAN

Amaran 1 – ( 10 hari )

Amaran 2 – ( 10 + 10 = 20 hari )

Amaran Akhir – ( 20 + 20 = 40 hari )

Buang Sekolah – ( 40 + 20 = 60 hari )

Bilangan Hari 60 hari

4. Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang RPS. Rekod hantaran surat kepada ibubapa /penjaga (dalam fail kelas).

5. Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah/bilik GPK.HEM/Bilik Disiplin.


6. Surat Amaran 1, 2 dan Akhir mesti diisi dalam 3 salinan bersama dengan surat Jawapan Penjaga dan

ditandatangani oleh :


Amaran 1 Ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran 2 Ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran 3 Ditandatangani oleh GPK.HEM


» Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga)
» Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail

Rekod Salah Laku di bilik

Disiplin / Bilik GPK.HEM
» Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail

kelas guru Tingkatan)

7. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan 3(daripada fail kelas GuruTingkatan), surat UBK.

8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi :

1. Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan guru kelas..

2. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu.
3. Selepas surat Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-samaIbu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji.

4. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula( jika sudah dibuang sekolah) setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak Pendaftar Sekolah di JPNT.

Ponteng Kelas


Kali 1
· Catat nama dan surat amaran dihantar

kepada Ibubapa/penjaga
· Nama direkod dalam buku salah laku

murid
Kali 2
· Panggil Ibubapa/penjaga dan

diserahkan kepada Kaunselor
· Nama direkod dalam buku salah

laku murid
Kali
· Rotan 1 kali

Berikutnya – Rotan 2 kali / gantung

 

 

PERKARA

PERKARA / AKTIVITI

TINDAKAN

DASAR AM PENGURUSAN KELAS

1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

2. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama (Januari) persekolahan.

 

3.Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan oleh guru kelas ( sekiranya guru kelas tidak hadir sekolah penyelaras tingkatan berkenaan akan mengambil alih tugas tersebut ) sebelum pukul 9.00 pagi * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.

4. Tandakan BJKM seperti berikut:

i. Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir.
ii. Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir

tanpa sebab.
iii. Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak

hadir bersebab. (surat pengesahan daripada

ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
iv Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid

lewat (dikira hadir).
v Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid

mewakili sekolah (dikira hadir).
vi Tandakan ’A’ dalam bulatan sekiranya murid

terlibat perkhemahan/Sukan (dikira hadir).
vii Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid

digantung persekolahan (dikira tidak hadir).
Elakkan Budaya Comot. Cecair pemadam

tidak bolehdigunakan. Segala kesilapan

hendaklah dipotong dan ditandatangani

ringkas.

5. Gunakan pen dakwat hitam, mata bulat , nama murid huruf besar dan pelajar tidak dibenarkan menanda BJKM.

6. Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di rak pejabat sekolah dan ditanda kehadiran pelajar selewat – lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan.

7. BJKM tidak boleh dibawa keluar daripada pejabat sekolah kecuali dengan kebenaran

8 BJKM hendaklah ditutup setiap akhir bulan, sekiranya tiada guru kelas, penyelaras tingkatan berkenaan mengambil alih tugas tersebut..

9. BJKM terbaik akan menerima anugerah pada Hari Anugerah Cemerlang guru SMKADG akhir tahun.

Buku Kawalan Kelas (BKK)

1. Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.

2. BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk kelas pada setiap waktu.

3. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.

4. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar.

5. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.
6. Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru semasa. Hanya kes-kes berat sahaja perlu catatkan dalam BKK untuk tindakan Penyelaras BKK dan AJK Disiplin yang berkenaan pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Penyelaras BKK / AJK Disiplin yang berkenaan.

8. Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan hendaklah menghantar BKK kepada Penyelaras Tingkatan setiap hari selasa sebelum solat zohor & Mengambil pada pagi rabu keesokan harinya.

9. Penyelaras Tingkatan akan menyemak BKK setiap hari selasa dan menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah pada keesokannya kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.


10. Guru Kelas/Ketua Kelas hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir Penggal 1 & 2.

Fail Peribadi Murid (Folder)
1. Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam wajib mempunyai fail ini.
2. Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail.
3. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan menggunakan kertas keras.
4. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan peperiksaan UPSR/PMR, dll disimpan dalam fail ini. Dengan salinan keputusan Peperiksaan Dalaman dan Buku Kesihatan murid. Buku Kesihatan yang uruskan oleh AJK Kesihatan dan Anti Denggi akan disimpan di Bilik Rawatan.

5. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.

6. Semua fail perlu disimpan dalam di bilik Kaunseling

( tertakluk kpd perubahan ).

Fail Kelas Guru Tingkatan
1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.

Pendaftaran Murid Baru

1. Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan/GPK.HEM.
2. Guru tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar dilakukan. Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)/APDM dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.

3. Tingkatan Dua hingga PraU(A) Kumpulkan borang SMM/APDM yang telah lengkap dan serahkan kepada guru SMM/APDM. Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan memasukkan data pelajar- pelajar baru.Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru –guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ’hard copy’ pada guru SMM/APDM.

4. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.

5. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM.

6. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.

7. PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA,Folio KH, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.

8. Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket /APDM kepada guru tingkatan dan kemudiannya akan menyerahkannya kepada guru SMM untuk pengisian butiran di computer

Murid Keluar/Bertukar/Berpindah

1. Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.

2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.

3. Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu menentukan semua buku teks telah dipulangkan. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. (Sila guna borang khas di pejabat) Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.


4. Pertukaran dalam Negeri Terengganu Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas di pejabat). Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

5. Guru tingkatan menyediakan dukumen –dukumen bertukar murid berkenaan.

6. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan (bergantung kepada keadaan).

Guru Kelas

3. PENGURUSAN KESELAMATAN PELAJAR

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

PERSEDIAAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN

 

Bangunan Sekolah :

 

1. Pastikan bangunan dan kemudahan sekolah di dalam keadaan yang paling baik dan selamat

 

2. Pastikan semua pendawaian elektrik di semua bangunan sekolah berkeadaan selamat

 

3. Pastikan semua benda yang boleh mengancam keselamatan pelajar mesti dihapuskan

 

4. Pastikan semua peralatan elektrik di semua premis sekolah berkeadaan selamat diguna dan berfungsi

 

5. Pastikan semua alat pemadam api terdapat di semua lokasi seperti yang diarah pleh pihak bomba dan alatannya sentiasa di dalam keadaan yang terkini

 

6. Pastikan semua pelajar maklum dan faham dengan segala tindakan kecemasan sewaktu kebakaran

 

7. Semua tempat strategic mesti diletakkan pelan tindakan kebakaran sekolah

 

 

Tandas Guru / Pelajar

 

1. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan tandas guru / pelajar yang mencukupi kadar yang sebenar

 

2. Semua tandas hendaklah dilebalkan dengan jelas

3. Semua guru dan pelajar hendaklah dimaklumkan dengan peraturan penggunaan tandas yang betul

 

4. Pastikan peraturan penggunaan tandas ditampal di semua tandas dengan jelas

 

5. Pastikan segala prosedur penggunaan tandas sentiasa dipatuhi oleh semua pelajar

 

6. Pihak guru dan sekolah hendaklah sentiasa peka dengan keselamatan dan kebersihan tandas

 

 

Bangunan Makmal :

 

1. Pastikan semua bangunan makmal berkeadaan selamat diguna

 

2. Pastikan peredaran udara adalah pada tahap selamat semasa pelajar berada di makmal

 

3. Pastikan semua peralatan elektrik berada di dalam keadaan yang selamat diguna

 

4. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang waktu di dalam makmal

 

5. Pastikan semua bahan kimia dan bahan lain yang merbahaya tersimpan dengan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan

 

6. Pastikan bilik penyimpanan bahan kimia merbahaya dilengkapi dengan kipas penyedut yang berfungsi

 

7. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan tindakan keselamatan yang harus diambil ketika kecemasan

 

8. Pastikan setiap makmal diletakkan peraturan penggunaan makmal pada tempat yang jelas dan strategik

 

9. Guru dan pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan berpakaian sewktu membuat sebarang ujikaji

 

10. Pastikan semua makmal dilengkapi dengan peralatan pemadam api yang terkini

 

11. Pastikan semua makmal tidak digunakan untuk P&P yang tidak berkaitan

12. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar masuk bilik makmal

 

 

 

 

 

Bilik Khas Kemahiran Hidup (KH)

 

1. Pastikan semua bilik khas KH berkeadaan selamat diguna

 

2. Pastikan peredaran udara adalah pada tahap selamat semasa pelajar berada di bilik khas KH

 

3. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang waktu di dalam bilik khas KH

 

4. Pastikan semua peralatan elektrik berfungsi dan berada di dalam keadaan yang selamat diguna

 

5. Pastikan semua peralatan yang merbahaya tersimpan dengan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan

 

6. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan tindakan keselamatan yang harus diambil ketika kecemasan

 

7. Pastikan setiap bilik khas KH diletakkan peraturan penggunaannya pada tempat yang jelas dan strategik

 

8. Guru dan pelajar hendaklah sentiuasa mematuhi peraturan berpakaian sewaktu membuat sebarang kerja amali

 

9. Pastikan semua bilik khas KH tidak digunakan untuk P&P yang tidak berkaiatan

 

10. Pastikan semua bilik khas KH dilengkapi dengan peralatan pemadam api yang terkini

 

11. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar masuk bilik khas KH

 

 

Bilik Khas Lain (Perpustakaan/Makmal Komputer/Bilik Seni):

 

1. Pastikan semua bilik khas lain berkeadaan selamat diguna

2. Pastikan peredaran udara atau penghawa dingin berfungsi secukupnya

3. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang waktu di dalam bilik khas

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

4. Pastikan semua peralatan elektrik dan pendawaian berfungsi dan berada di dalam keadaan yang selamat diguna

 

5. Pastikan semua peralatan yang merbahaya tersimpan dengan selamat

 

6. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan tindakan keselamatan yang harus diambil ketika kecemasan

 

7. Pastikan setiap bilik khas diletakkan peraturan penggunaanya pada tempat yang jelas dan strategik

 

8. Pastikan semua bilik khas dilengkapi dengan peralatan pemadam api yang terkini

 

9. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar masuk bilik khas

 

 

Padang dan Gelanggang Permaianan :

 

1. Semua guru dan pelajar hendaklah dimaklumkan tentang kemudahan yang disediakan di sekolah

 

2. Padang dan Gelanggang Permainan seharusnya mencukupi mengikut kadar keramaian pelajar

 

3. Semua pelajar dan guru hendaklah dimaklumkan dengan peraturan penggunaan padang dan gelanggang permainan

 

4. Pastikan semua pelajar mematuhi dengan peraturan penggunaan padan dan gelanggang permainan

 

5. Semua jadual dan peraturan penggunaan padang dan gelanggang permainan hendaklah dipaparkan dengan jelas di tempat yang difikirkan sesuai

 

6. Pastikan semua bahan yang berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pelajar hendaklah dihapuskan

 

Tempat Istirehat Pelajar :

 

1. Pihak sekolah hendaklah mempastikan semua pelajar mempunyai hak untuk berehat

2. Semua tempat rehat pelajar hendaklah dilebal dengan jelas

3. Semua pelajar hendaklah maklum dan patuh dengan semua peraturan tempat rehat pelajar

 

 

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

PERATURAN DATANG DAN BALIK SEKOLAH

1. Semua pelajar diwajibkan memiliki buku peraturan sekolah dan asrama (jika berkaitan)

 

2. Semua pelajar hendaklah dimaklumkan dengan peraturan dating dan pulang sekolah

 

3. Semua pelajar hendaklah sentiasa mematuhi waktu yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa Jadual Waktu

 

4. Semua pelajar adalah dilarang sama sekali pulang ke rumah atau keluar dari kawasan sekolah selain waktu balik

 

5. Semua pelajar hendaklah dimaklumkan dengan semua prosedur penggunaan kenderaan untuk datang dan pulang dari sekolah

 

Semua guru

 

 

 

4. PENGURUSAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

PENGURUSAN KESIHATAN

Operasi Berasaskan Sekolah :

 

1. Semua program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksana di sekolah mesti berlandaskan keutamaan kesihatan dan keselesaan pelajar

 

2. Semua program yang dilaksanakan di sekolah mestilah mengambilkira kesihatan dan keupayaan rohani pelajar

 

3. Semua guru hendaklah mengenalpasti semua pelajar yang mempunyai masalah kesihatan

 

4. Semua maklumat tentang kesihatan pelajar hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kesihatan Pelajar untuk diambil tindakan selanjutnya

 

5. Semua Jawatankuasa yang wujud di sekolah hendaklah menerapkan ilmu dan pendidikan kesihatan kepada semua pelajar

6. Semua guru haruslah berusaha untuk mempastikan semua pelajar adalah sihat jasmani dan rohaninya

 

 

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

Operasi Berasaskan Badan Luar :

 

1. Semua guru dan Jawatankuasa Kesihatan Pelajar sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan-badan lain yang membuat gerakerja untuk mempastikan pelajar berada di dalam sejahtera

 

2. Jawatankuasa Kesihatan Pelajar hendaklah sentiasa bersedia dengan segala macam rekod kesihatan pelajar yang diperlukan oleh badan lain khususnya Jabatan Kesihatan

 

3. Pihak Jawatankuasa Kesihatan Pelajar juga sentiasa

memastikan bilik dan keperluan kesihatan sentiasa di dalam keadaan baik

 

 

 

 

 

KEBAJIKAN PELAJAR

Operasi Berasaskan Sekolah :

 

1. Semua guru hendaklah mengambil tahu dan cakna akan kebajikan pelajar

 

2. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa mengemaskini rekod status pelajar yang memerlukan bantuan / pertolongan serta mempunyai senarai nama pelajar miskin fakir, yatim yang sentiasa dikemaskini

 

3. Guru Tingkatan sentiasa peka dengan status pelajar

 

4. Melaksanakan aktiviti / program bagi membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh pelajar

 

 

 

5. Semua warga sekolah sentiasa memberi keutamaan kepada hak pelajar

 

6. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bekerjasama dengan Jawatankuasa Biasiswa sekolah

 

Operasi Berasaskan Badan Luar :

 

1. Semua guru dan Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan lain untuk bersama mempastikan kebajikan pelajar terlaksana

 

2. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bersedia dengan maklumat / rekod terkini status pelajar untuk digunakan oleh badan luar

 

Semua guru, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Biasiswa

PERKARA

AKTIVITI

TINDAKAN

PENGURUSAN BUKU TEKS

PENGURUSAN BUKU TEKS

1. Semua guru Jawatankuasa Buku Teks hendaklah memastikan semua pelajar mendapatkan kemudahan bekalan buku teks yang mencukupi

2. Semua jawatankuasa juga hendaklah sentiasa memantau buku teks pelajar bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan

3. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku

Teks Dalam Negeri Terengganu.

4. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli

sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi

penerbit.( Jika ada)


5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana

muridnya yang ingin bertukar sekolah di luar Negeri

Terengganu memulangkan semula buku SPBT tersebut

dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

6. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima

SPBT.

7. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan

penerimaan dan pemulangan buku teks.

8. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid

yang tidak memulangkan buku teks.

9. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah / dalam kelas.

10 .Guru mata pelajaran memastikan murid membawa buku teks ke sekolah.

11. AJK SPBT akan mengadakan Operasi tiga bulan sekali , buku teks yang diambil dalam operasi tersebut diberi tempoh seminggu untuk pelajar berkenaan menuntut balik dengan bayaran RM 2.00 sebuah ( akan dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pelajar ). Nama pelajar tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan oleh AJK SPBT

12. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan.

DASAR PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) & BKP(U)

1 .Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang Berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingakatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.

2. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa berkenaan dan pengeluaran wang biasiswa dihadkan kepada RM150.00 bagi setiap murid dalam tempoh 2 bulan dengan menggunakan kad ATM yang dibekalkan. Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi had yang dibenarkan murid perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Wang di Lampiran L dan mendapatkan Buku Akaun daripada Guru Biasiswa. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.

3. Bagi penerima bantuan biasiswa , Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.

4. Walau pun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan biasiswa .


5. Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyumbang semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.


6. Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak sekolah terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kuranng daripada RM1500 sebulan..

7. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.

UNIT BIMBINGAN & KAUSELING

Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
1. Kaunselor / Guru B&K mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang dihadapinya.


2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut ketikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.


3. Kaunselor / Guru B&K boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.


4. Kaunselor / Guru B&K juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.


5. Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

6. Kaunselor / Guru B&K mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.


7. Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor / Guru BDK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling atau pun murid yang menghadapi masalah disiplin.

KEBAJIKAN MURID
1. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapatdiberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK HEM


2. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.


3. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

4. Tabung Kebajikan Pelajar SMKADG akan diwujudkan.

DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

REKOD KESIHATAN MURID
1. Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.


2. Buku Rekod Kesihatan ini diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.


3.Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila maklumkan kepada GPK HEM .


4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat atau pun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.

5. Buku Rekod Kesihatan disimpan di bilik rawatan disusun mengikut tingkatan di bawah jagaan Ketua Guru Kesihatan

6. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

KAD PERGIGIAM MURID


1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan

 

PENGISIAN AKTIVITI KEROHANIAN PELAJAR

BADAN DAKWAH & KEROHANIAN

1. Badan Dakwah Sekolah dan Unit Kerohanian Asrama hendaklah menyediakan perancangan yang teratur dalam melaksanakan aktiviti kerohanian pelajar

2. Pelajar pelajar menghadiri semua aktiviti kerohanian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah / asrama seperti tadarus Al-Quran pagi, solat zohor berjemaah cerama, tazkirah dan lain-lain lagi

3. Sentiasa oring ruang dan peluang kepada pelajar agar mereka dapat mengadakan sendiri aktiviti keagamaan bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dan kualiti

4. Semua pelajar SMKADG wajib menghadiri bacaan Al-Quran Pagi kecuali ada perhimpunan rasmi.

 

IKLIM

 

PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

1. Melantik Jawatankuasa Kelas: Ketua Tingkatan
i. Penolong Ketua Tingkatan

ii. AJK Kebersihan
iii. AJK Keceriaan
iv. AJK SPBT
v. AJK ICT (celik ICT)
vi. AJK setiap Mata Pelajaran


2. Menyelaras penyediaan perkara berikut:
i. Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan

kenyataan hadapan kelas
ii. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan

di hadapan kelas
iii. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan

kenyataan hadapan kelas

iv. Pelan kedudukan murid – ditampal di atas meja

Guru
v. Inventori Kelas
Ø – ditampal pada pintu
vi. Papan Kenyataan
Ø – milik kelas tersebut
vii. Moto Kelas
Ø – ditampal pada papan kenyataan

hadapan kelas
viii Misi
Ø & Visi Sekolah, – ditampal pada papan
viiii. Misi & Visi KPM, kenyataan hadapan kelas

Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, DLL.

5. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.

6. Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi dan telah diberi nombor siri.

7. Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.


6. Kebersihan kelas: Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Guru masa pertama hendaklah mengambil masa 5 minit untuk untuk pelajar yang bertugas membersihkan kelas. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih. Memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.5 minit sebelum berakhir P & P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan kerusi ke atas meja. Menutup lampu dan kipas serta pintusebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.

7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.

8. Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta

suisnya dalam keadaan baik dan selama digunakan.

– Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang

rosak kepada guru berkenaan ( Guru

Pembangunan).

– Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas

yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan

penuh dedikasi.

Mengadakan tabung kelas dengan jumlah

kutipannya terpulang kepada budi bicara guru dan

kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat

kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat

kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM

selewat- lewatnya pada minggu pertama).

– Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan

berikut:

· Bahan-bahan keceriaan kelas
· Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.
1. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)

9. Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut:


Kelas : ____________
Nama Guru Tingkatan : _______________
Bil No. Pendaftaran Nama Penuh Murid(spt L/P /Kelas /Catatan
KP & susun ikut abjad) (2013)
1.
2.
3.
4.


Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi persekolahan

9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab

10. Mengisi oring senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama pekolahan sesi 2013, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.

11.Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat

amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah

kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang

telah ditetapkan.

 

KAD KELUAR KELAS


1. Semua Ketua/Penolong ketua kelas hendaklah mendapatkan kad kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.


2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas,berjumpa guru semasa dan sebagainya mesti memakai kad berkenaan.


3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada
guru kelas.

10. Kad keluar kelas yang rosak maklumkan kepada Guru

Kelas / GPK. HEM

DASAR KANTIN

  1. Kantin sekolah hendaklah dibuka setiap hari persekolahan.

 

  1. Kantin hendaklah sentiasa bersih dan ceria

 

 

 

 

  1. Proses jual beli hanya berlaku semasa rehat sahaja

 

 

  1. Pihak luar tidak dibenarkan menjual makanan & minuman di kawasan sekolah

 

 

  1. AJK kantin hendaklah memastikan murid-murid beratur dengan baik semasa pembelian di kantin

 

 

 

 

  1. AJK kantin hendaklah memastikan Murid-murid meletakkan bekas makanan & minuman yang sudah digunakan di dalam bekas yang disediakan.

 

  1. AJK kantin hendaklah sentiasa memantau makanan & minuman yang dijual di kantin sentiasa bersih untuk menggelak berlaku keracunan makanan.

 

 

  1. Ketua JK Kantin hendaklah menghantar laporan Sismakan setiap akhir bulan kepada PPDM.

 

 

  1. GPK.HEM hendaklah menyemak dan menandatangan

Laporan kendiri kantin setiap hari persekolahan

 

  1. GPK.HEM / AJK kantin hendaklhah memastikan Kantin SMKADG gred A

 

 

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG UNIT HEM

1. Sahsiah & Disiplin

Guru SUMUR Terbaik

Guru Disiplin Terbaik

Guru BADAR Terbaik

Guru PBSS Terbaik

2. Kebajikan

Guru Biasiswa Terbaik

Guru SPBT Terbaik

Guru Kesihatan & Rawatan Terbaik

3. Bimbingan & Kaunseling

Guru UBK Terbaik

4. Asrama

Warden Terbaik

5. Iklim

Buku Jadual Kedatangan Murid Terbaik

Buku Kawalan Kelas Terbaik

Guru Pengurusan & Keceriaan Terbaik

Guru Kantin Terbaik

ANUGERAH PELAJAR MITHALI

1. Lelaki

2. Perempuan

 

 

OBJEKTIF PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR

SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU

 

v MELAHIRAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERIMAN, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA

v MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERKUALITI DAN BOLEH DICONTOHI

v MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERFIKIRAN MATANG DAN BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR KEBAIKAN

v MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERDAYA TAHAN DAN BERDAYA SAING

 

 

“KERJA SATU IBADAT”

 

Muat Turun Untuk Dicetak

https://i0.wp.com/s11.postimg.org/4w1ntq9yr/download.gif?resize=430%2C172

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *