Hari Penilaian Markah Ko-K

0

markahko

Pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. ”Markah kokurikulum yang diperoleh akan dipadankan dengan markah akademik yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia; Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran serta Lembaga Peperiksaan untuk tujuan pemilihan pelajar ke IPTA.

Seperti kelaziman setiap tahun, unit Ko-kurikulum akan mengadakan satu hari khas untuk pengisian markah Ko-kurikulum. Pada hari ini semua pelajar akan dikumpulkan di dewan dan kaunter-kaunter kelab, persatuan dan bada beruniform akan dibuka. Pelajar akan dikehendaki berjumpa dengan guru persatuan atau kelab bagi mendapatkan markah Ko-kurikulum mereka pada tahun tersebut.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *