MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA 2017

6 Julai 2017 (khamis) – Majlis ini telah diadakan pada 6 julai yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *