Majlis Iftar dan Khatam Al Quran Peringkat Sekolah 2017

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, seperti masuknya kita ke dalam universiti Ramadhan. Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa ia dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Saban tahun kami di bumi SMKADG meraikan Iftar Perdana peringkat sekolah. Semua warga SMKADG dijemput untuk sama-sama mengimarahkan budaya membaca al-Quran secara bertadarus dan perkongsian ilmu berkaitan Ramadhan Al-Mubaraq. Pada tahun ini kami telah mengundang Tn Hj Zakaria B Jusoh untuk memberikan sedikit tazkirah kepada para tetamu yang hadir.

Sejak jam 5 petang lagi tetamu telah mula membanjiri Surau As-Syafie untuk sama-sama meraikan Iftar Perdana, ucapan terima kasih kepada para tetamu yang membawa ‘potluck’ untuk dijamah bersama tetamu yang lain. Selain dari pengisian hati, anak-anak SMKADG ini turut menerima sumbangan duit raya dari pihak sekolah dan pihak yang sudi menyumbang kepada pembangunan di SMKADG.

Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, para tetamu disaji dengan hidangan ringan seperti kurma dan buahan sebelum hidangan berat selepas mengerjakan solat maghrib berjemaah. Semoga ikatan yang terjalin antara warga SMKADG dan para pelajar terus kukuh dan menjadi inspirasi kepada penggerak masa hadapan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *