SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU

KETETAPAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

(Kuatkuasa 1 Januari 2019)

PRINSIP PELAKSANAAN

  1. Setiap pelajar sekolah ini wajib menyertai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu:
  2. i) Persatuan dan Kelab
  3. ii) Pasukan Beruniform

iii)        Pasukan Permainan dan Sukan

  1. Aktiviti persatuan dan kelab serta unit badan beruniform akan diadakan pada setiap hari SELASA dari jam 1.30 hingga 4.30 petang mengikut jadual aktiviti tahunan.
  2. Aktiviti kelab sukan dan permainan 1M1S akan diadakan setiap hari RABU dari jam 3.00 hingga 4.30 petang.(selang seli dengan 1M1S di asrama)
  3. Pelajar boleh memilih kelab atau persatuan, permainan dan sukan serta pasukan badan beruniform mengikut peraturan yang ditetapkan oleh penyelaras ketiga-tiga unit ini.
  4. Keahlian pelajar dalam ketiga-tiga unit mesti dilaporkan dan dicatat oleh guru penasihat dalam Buku Rekod aktiviti Kokurikulum. (akan diedarkan kepada Kelab persatuan/ BadanUniform/ Kelab Permainan dan Sukan).
  5. Sedikit dokumentasi mesti dibuat dengan menampal gambar aktiviti di dalam buku aktiviti.
  6. Jangan lupa membuat catatan di dalam buku laporan aktiviti untuk KBAT di dalam aktiviti koko dan PIkeBM yang dilaksanakan.
  7. Sebagai sebuah model KBAT satu projek satu murid perlu dirancang.
  8. Setiap pelajar wajib ada buku log masing masing.

TANGGUNG JAWAB UNDANG-UNDANG

 Akta Undang-undang Sivil, guru-guru penasihat perlu mematuhi perkara-perkara berikut:

  1. Melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut rancangan serta peraturan.
  2. Memastikan aktiviti tidak membawa kecederaan kepada pelajar.
  3. Memastikan alatan dan kemudahan tempat menjalankan aktiviti adalah selamat dan sesuai.
  4. Memberi arahan dengan jelas dan mengawas semua peserta supaya mematuhi arahan.
  5. Elakkan menimbulkan sebarang kekasaran yang mungkin membawa kecederaan.
  6. Mendapat kebenaran ibu bapa/mengedarkan borang kebenaran ibubapa sekiranya aktiviti kokurikulum dijalankan di luar kawasan sekolah.
  7. Elakkan mengarah pelajar melakukan aktiviti yang bertentangan dengan agama dan kebudayaan.
  8. Tidak mengarahkan pelajar melakukan aktiviti yang di luar kemampuannya sehingga menjejaskan kesihatannya.
  9. Memastikan aktiviti yang dijalankan tidak akan menimbulkan gangguan awam.
  10. Bantuan kecemasan harus disediakan bila-bila masa diperlukan.

 

 

 

 

 

 

 

TUNTUTAN PELBAGAI PEMBAYARAN

  1. Sebarang tuntutan bagi membiayai pelbagai aktiviti kokurikulum hendaklah dibuat terus kepada Ketua Pembantu Tadbir sekolah setelah disahkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.
  2. Guru-guru diminta membuat tuntutan seawal yang mungkin atau sebaik selesai sesuatu aktiviti.
  3. Tuntutan mestilah lengkap dengan borang tuntutan yang disertai beberapa dokumen sokongan iaitu:
    • Borang Permohonan Peruntukan Pelbagai Aktiviti.
    • Borang senarai nama pelajar yang terlibat lengkap dengan tanda tangan mereka.
    • Surat pangilan untuk menjalankan aktiviti daripada pihak penganjur.
    • Resit rasmi pelbagai bayaran yang telah dibuat.
    • Kertas kerja tentang projek yang dijalankan ( kalau ada).

 

PEMBERIAN WANG SAKU KEPADA PESERTA SUKAN /KOKURIKULUM

  1. Pemberian wang saku kepada murid hanya diberikan dengan kadar yang munasabah bagi tujuan makan minum mengikut bilangan hari/kepala.
  1. Perlu dilampirkan  dokumen lengkap :
  • Nama peserta dan tandatangan
  • Surat pertandingan atau yang berkaitan.
  • Serahkan kepada PKKO.

 

 

 

PERATURAN PEMAKAIAN UNIFORM HARI SELASA

  1. Guru dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap mengikut pelantikan sebagai guru penasihat unit uniform berkenaan.
  1. Pelajar dikehendaki memakai uniform lengkap (skarf,butang,lencana dan yang berkaitan dengan unit uniform masing masing )semasa mengikuti aktiviti perkhemahan, kawad kaki dan lain-lain aktiviti rasmi badan beruniform
  2. Walaubagaimanapun pelajar dibolehkan memakai separuh lengkap pada sesi pagi semasa berlangsung p & p untuk keselesaan pelajar.

PERATURAN PEMAKAIAN 1M1S hari Rabu

  1. Pemakaian untuk 1M1S setiap hari rabu bermula dari pagi.
  1. Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian sukan semasa perjumpaan aktiviti sukan 1M1S (Hari Rabu 2 kali sebulan).
  2. Pakaian pelajar lelaki ialah t shirt sukan sekolah dan seluar sukan panjang serta berkasut.
  3. Pakaian pelajar perempuan ialah t shirt sukan sekolah, seluar sukan berwarna gelap dan bertudung labuh.

PERATURAN    PELAKSANAAN AKTIVITI PADA HARI SELASA (hari kokurikulum)

  1. Semua guru penasihat kelab/persatuan/unit kokurikulum dan sukan akan terlibat pada hari berkenaan dan tiada sistem giliran bertugas.
  1. Sebarang pelepasan mestilah dengan kebenaran pengetua.
  2. Latihan pemilihan dan intensif sebarang pasukan atau individu tidak dibenarkan diadakan pada waktu p& p kecuali dengan kebenaran pengetua.
  3. Tidak dibenarkan sebarang aktiviti lain dirancang dan dijalankan semasa waktu aktiviti kokurikulum dan sukan dilaksanakan kerana semua guru dan pelajar mestilah terlibat sepenuhnya dengan aktiviti kokurikulum.

PEMBERIAN SIJIL DAN ANUGERAH

  1. Sijil Penyertaan
    • Wakil sekolah, sekurang-kurangnya kepusingan suku akhir dalam sebarang pertandingan.
    • Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.
    • Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing.

 

  1. Sijil Penghargaan
    • Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi, khidmat cemerlang kepada kelab dan persatuan.
    • Berkebolehan dalam pengurusan aktiviti mingguan atauprojek khas .
    • Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab danpenampilan imej yang terpuji.
    • Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing.

 

  1. Sijil Kepujian
    • Memperolehi pencapaian pada peringkat daerah sekurang kurangnya tempat ketiga seterusnya mewakili ke peringkat negeri.
    • Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.
    • Murid yang mempunyai rekod salah laku berat dikira tidak layak manakala yang mempunyai rekod salahlaku sederhana boleh dipertimbangkan dengan kata putus ditentukan oleh pengetua.

 

 

 

 

  1. Sijil Cemerlang
    • Memperolehi pencapaian Johan, Naib Johan atau tempat ketiga di peringkat negeri ATAU mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ATAU mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
    • Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.

 

  1. Anugerah Pasukan Cemerlang Kokurikulum dan Sukan
    • BadanBeruniform
    • Sukan/Permainan
    • Persatuan/Kelab
    • Peringkat penglibatan tertinggi dalam kategori berkenaan
    • Tahap pencapaian tertinggi dalam pertandingan.
    • Pengurusan pasukan dan rekod pencapaian yang lengkap.

 

  1. Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum/Olahragawan/  Olahragawati

 

  • Pencapaian tertinggi sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan dan mengikut kesesuaian semasa.
  • Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.

 

  1. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum dan Sukan(Guru Ikon)
    • Peringkat penglibatan / pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum (Kebangsaan dan antarabangsa)
    • Kebolehan mengendalikan pelbagai aktiviti.
    • Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi serta telah memberi khidmat cemerlang kepada pembangunan bidang kokurikulum dan sukan di sekolah secara berterusan.

 

  1. Anugerah As Shafie

Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Antarabangsa.

 

  1. Anugerah Emas

Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Kebangsaan .

 

  1. Anugerah Perak

Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Negeri .

 

  1. Anugerah Gangsa

Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Daerah.

 

                                       button-muat-turun-dasar

JADUAL KELAS

jadual

v.22.8.1

GALLERY

2023

  

2021

2018

VIDCO

Pautan

 

Pautan Agensi

Pautan JPN

Pengetua

92cd5478-42b1-4da8-b65f-93c8928b25d5

USTAZ NAZRI BIN NGAH

Social Media

 

google

 

BULETIN DGES

photo-2022-12-11-23-06-43

MAYA

Carian

Go to Top
JSN Epic 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework