{"id":1560,"date":"2011-03-02T16:17:56","date_gmt":"2011-03-02T16:17:56","guid":{"rendered":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/2011\/03\/02\/sbp-lahirkan-pemimpin-berkarisma-2\/"},"modified":"2011-03-02T16:17:56","modified_gmt":"2011-03-02T16:17:56","slug":"sbp-lahirkan-pemimpin-berkarisma-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/sbp-lahirkan-pemimpin-berkarisma-2\/","title":{"rendered":"SBP lahirkan pemimpin berkarisma"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 120 ketua dan penolong ketua pelajar dari 60 buah Sekolah  Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara mengikuti kursus kepimpinan untuk  dibentuk menjadi pemimpin pelapis yang mempunyai personaliti unggul dan  ulung.<\/p>\n<p>Ketua Unit Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisma Bahagian  Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM), Norizah Juberi berkata, kursus kepimpinan kali kelima itu  diadakan selama empat hari demi mencapai hasrat melahirkan bakal  pemimpin yang berkarisma pada masa hadapan daripada kalangan pelajar  SBP.<\/p>\n<p>&#8220;Pakej kursus kepimpinan itu diharap akan dapat membina jati diri dan  sifat kepimpinan yang mantap dan sesuai dengan visi dan misi SBP serta  Falsafah Pendidikan Kebangsaan,&#8221; katanya ketika ditemui di Petaling  Jaya, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk  memperkasakan gaya kepemimpinan pelajar SBP serta memantapkan kemahiran  kepemimpinan sedia ada untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas  sebagai pemimpin pelajar.<\/p>\n<p>&#8220;Ia juga adalah untuk memberi pendedahan pengurusan peringkat  tertinggi dan bertaraf antarabangsa serta melahirkan pemimpin pelajar  yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan mempunyai misi serta visi  yang jelas,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Katanya lagi, kursus itu merupakan tapak bagi melahirkan pemimpin  bertaraf dunia yang berilmu, boleh dicontohi, berwibawa, berkarisma,  dihormati serta matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan  masalah.<\/p>\n<p>&#8220;Pelbagai program menarik diisi sepanjang berlangsungnya kursus  kepimpinan ini dalam usaha untuk memberikan pengisian terbaik dan  bernilai kepada para peserta kursus.<\/p>\n<p>&#8220;Antaranya ialah Program Jejak Kepimpinan yang bertujuan memberikan  pengalaman sebenar mengenai aspek kepimpinan kepada bakal-bakal pemimpin  bagi melahirkan ketua yang berilmu, serta mempunyai ciri-ciri  kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi,&#8221; terang beliau.<\/p>\n<p>Norizah memberitahu, dalam Program Jejak Kepimpinan itu, para peserta  diberi peluang untuk merasai pengalaman dan melihat sendiri bagaimana  perjalanan sesebuah syarikat atau agensi serta ciri-ciri kepimpinan yang  boleh dicontohi di syarikat tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Tahun ini, sebanyak 15<\/p>\n<p>buah syarikat atau agensi di sekitar Lembah Klang bersedia menawarkan  diri untuk bekerjasama bagi menjayakan program tersebut,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Syarikat yang terlibat ialah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam  (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Kumpulan Karangkraf,  Jobs Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Hospital Putrajaya,  Management &amp; Science University (MSU), Sunway Lagoon, Fakulti  Pengajian Pendidikan dan Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra  Malaysia (UPM).<\/p>\n<p>Selain Program Jejak Kepimpinan, para pelajar turut menjalani  beberapa aktiviti seperti pembentangan laporan Program Jejak Kepimpinan,  pengucapan awam, bengkel serta sesi ceramah dan bicara tokoh daripada  ketua-ketua syarikat atau agensi yang merupakan bekas pelajar SBP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 120 ketua dan penolong ketua pelajar dari 60 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[27],"tags":[],"class_list":["post-1560","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorised"],"jetpack_sharing_enabled":true,"featured_image_urls":{"full":"","thumbnail":"","medium":"","medium_large":"","large":"","1536x1536":"","2048x2048":"","covernews-slider-full":"","covernews-slider-center":"","covernews-featured":"","covernews-medium":"","covernews-medium-square":""},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/category\/uncategorised\/\" rel=\"category tag\">Uncategorised<\/a>","tag_info":"Uncategorised","comment_count":"0","jetpack_featured_media_url":"","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1560","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1560"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1560\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1560"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1560"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1560"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}