{"id":1373,"date":"2011-03-02T16:18:25","date_gmt":"2011-03-02T16:18:25","guid":{"rendered":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/2011\/03\/02\/sains-teknologi-tingkat-prestasi-akademik\/"},"modified":"2011-03-02T16:18:25","modified_gmt":"2011-03-02T16:18:25","slug":"sains-teknologi-tingkat-prestasi-akademik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/sains-teknologi-tingkat-prestasi-akademik\/","title":{"rendered":"Sains teknologi tingkat prestasi akademik"},"content":{"rendered":"<p>Penguasaan dalam bidang sains dan teknologi mampu melonjakkan  prestasi akademik pelajar, kata Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah  Sains (SMS) Hulu Selangor, Rafiei Mustapa.<\/p>\n<p>Justeru, baru-baru ini sekolah itu telah mengadakan Minggu Sains dan Teknologi 2011 untuk memberi peluang pembelajaran secara <em>hands-on<\/em> kepada para pelajarnya.<\/p>\n<p>Menurut Rafiei, pembelajaran seperti itu amat perlu bagi seseorang  pelajar dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman mereka selain merasai  sendiri pengalaman tersebut seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam  kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Selain itu, ujarnya, program selama empat hari itu juga bertujuan  memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar daripada  pelbagai peringkat umur.<\/p>\n<p>&#8220;Nilai kreatif dan inovatif amat diberi penekanan dalam proses  pengajaran dan pembelajaran (P&amp;P) di sekolah kerana ia mampu memberi  kesan-kesan positif yang baik terhadap perkembangan minda pelajar,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p>Minggu Sains dan Teknologi anjuran SMS Hulu Selangor ini mendapat  sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak tiga sekolah  rendah dan empat sekolah menengah sekitar Hulu Selangor.<\/p>\n<p>Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut  termasuklah kuiz sains, pertandingan reka bot lumba anjuran RA3 Edu  Science Corporation Sdn. Bhd., pertandingan bercerita, pertandingan  memasak, mereka model sains dan pertandingan mewarna bagi murid-murid  tadika.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Panitia Sains, Norazrina Abdul Aziz berkata,  program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran  sains dan kemahiran hidup.<\/p>\n<p>&#8220;Ia juga dianjurkan untuk sekolah berkongsi pengetahuan dengan  sekolah-sekolah berhampiran, selain menimbulkan minat di kalangan  pelajar tersebut terhadap bidang sains dan inovasi.<\/p>\n<p>&#8220;Sebagai sekolah kluster kecemerlangan, adalah menjadi tanggungjawab  pihak sekolah untuk memastikan sekolah-sekolah berhampiran yang lain  turut cemerlang,&#8221; katanya yang juga Pengarah Minggu Sains dan Teknologi.<\/p>\n<p>Tambahnya, program ini turut memberi faedah serta pengalaman baru  kepada pelajar SMS Hulu Selangor itu sendiri kerana sumbangan dan  penglibatan mereka dalam mengurus dan memastikan kelancaran program.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penguasaan dalam bidang sains dan teknologi mampu melonjakkan prestasi akademik pelajar, kata Pengetua Cemerlang Sekolah&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"class_list":["post-1373","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita"],"jetpack_sharing_enabled":true,"featured_image_urls":{"full":"","thumbnail":"","medium":"","medium_large":"","large":"","1536x1536":"","2048x2048":"","covernews-slider-full":"","covernews-slider-center":"","covernews-featured":"","covernews-medium":"","covernews-medium-square":""},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/category\/berita\/\" rel=\"category tag\">BERITA<\/a>","tag_info":"BERITA","comment_count":"0","jetpack_featured_media_url":"","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1373","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1373"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1373\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1373"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1373"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1373"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}