{"id":1371,"date":"2011-03-02T16:16:38","date_gmt":"2011-03-02T16:16:38","guid":{"rendered":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/2011\/03\/02\/rm64b-kos-pembangunan-sekolah\/"},"modified":"2011-03-02T16:16:38","modified_gmt":"2011-03-02T16:16:38","slug":"rm64b-kos-pembangunan-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/rm64b-kos-pembangunan-sekolah\/","title":{"rendered":"RM6.4b kos pembangunan sekolah"},"content":{"rendered":"<p>KUALA KRAU 1 Mac &#8211; Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion  untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan sekolah di seluruh negara  pada tahun ini.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kos itu  tidak termasuk perbelanjaan mengurus yang melibatkan pembayaran gaji  tenaga pengajar dan pegawai akademik yang berjumlah RM26 bilion.<\/p>\n<p>&#8220;Usaha-usaha akan diteruskan bagi memenuhi kehendak ibu bapa yang  mahukan sistem pendidikan berkualiti yang disediakan kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berucap ketika mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik dan  jawatankuasa permuafakatan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) Parlimen  Kuala Krau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau dekat sini hari  ini.<\/p>\n<p>Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.<\/p>\n<p>Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha yang  dilaksanakan itu bagi memastikan kualiti pendidikan negara setanding  dengan negara-negara maju.<\/p>\n<p>Kerajaan juga, jelas beliau, akan memperkasakan lagi bidang teknologi  komunikasi maklumat (ICT) dan bahasa Inggeris dengan membina lebih  banyak makmal di sekolah-sekolah seluruh negara.<\/p>\n<p>&#8221;Setakat ini, kerajaan telah membina makmal bahasa Inggeris di 700  sekolah di seluruh negara. Mungkin bilangannya tidak mencukupi dan  sekolah yang mempunyai makmal akan berkongsi dengan sekolah lain,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p>Sepanjang tahun lalu juga, Muhyiddin memberitahu, kerajaan membina  sebanyak 1,000 bilik darjah untuk menampung bilangan pelajar yang  semakin bertambah.<\/p>\n<p>Beliau turut sekali lagi mengumumkan sebanyak 23 sekolah akan dinaik  taraf menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.<\/p>\n<p>Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Muhyiddin memberitahu,  kerajaan belum menetapkan tempoh tertentu untuk melaksanakan sistem  persekolahan satu sesi.<\/p>\n<p>Ini kerana kata beliau, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek  sebelum sistem persekolahan seumpama itu dapat dilaksanakan.<\/p>\n<p>&#8221;Sistem persekolahan satu sesi itu memang objektif kita. Pada masa  ini, kira-kira 60 peratus daripada sekolah rendah telah melaksanakan  sistem tersebut tetapi sekolah menengah masih kurang,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, bagi melaksanakan sistem tersebut, kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah dan guru.<\/p>\n<p>&#8221;Kita masih belum pasti bila kita akan dapat melaksanakan sistem ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Muhyiddin menolak andaian kegagalan kerajaan melaksanakan sistem  persekolahan satu sesi akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan  remaja.<\/p>\n<p>&#8221;Banyak faktor yang menyebabkan berlaku gejala sosial seperti kurang  kasih sayang dan didikan agama, bukan sistem persekolahan satu sesi,&#8221;  jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA KRAU 1 Mac &#8211; Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"class_list":["post-1371","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita"],"jetpack_sharing_enabled":true,"featured_image_urls":{"full":"","thumbnail":"","medium":"","medium_large":"","large":"","1536x1536":"","2048x2048":"","covernews-slider-full":"","covernews-slider-center":"","covernews-featured":"","covernews-medium":"","covernews-medium-square":""},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/category\/berita\/\" rel=\"category tag\">BERITA<\/a>","tag_info":"BERITA","comment_count":"0","jetpack_featured_media_url":"","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1371","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1371"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1371\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1371"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1371"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}