{"id":1369,"date":"2011-03-02T16:12:35","date_gmt":"2011-03-02T16:12:35","guid":{"rendered":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/2011\/03\/02\/pm-sekolah-jauh-punca-anak-orang-asli-tercicir\/"},"modified":"2011-03-02T16:12:35","modified_gmt":"2011-03-02T16:12:35","slug":"pm-sekolah-jauh-punca-anak-orang-asli-tercicir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/pm-sekolah-jauh-punca-anak-orang-asli-tercicir\/","title":{"rendered":"PM: Sekolah jauh punca anak Orang Asli tercicir"},"content":{"rendered":"<p>Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga berkata, masyarakat itu juga  perlu dibekalkan guru yang berdedikasi manakala ibu bapa pelajar  berkenaan perlu mementingkan pendidikan anak-anak mereka.<\/p>\n<p>Datuk  Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga komponen utama yang perlu bagi  masyarakat Orang Asli mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan negara  seiring dengan masyarakat lain.<\/p>\n<p>Perdana Menteri  berkata lokasi sekolah berdekatan dengan penempatan kaum itu merupakan  komponen yang perlu diberi keutamaan kerana ia merupakan faktor  penyumbang kepada keciciran pelajaran anak Orang Asli.<\/p>\n<p>&#8220;Kedudukan  sekolah jauh sehingga 25 hingga 40 kilometer dari rumah merupakan salah  satu punca keciciran anak Orang Asli dalam pendidikan,&#8221; katanya ketika  berucap pada majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Simpai, di Pekan,  hari ini.<\/p>\n<p>Selain lokasi sekolah, Najib, yang juga  Ahli Parlimen Pekan, berkata komponen kedua dalam memastikan prestasi  pelajar Orang Asli melonjak ialah dengan adanya barisan guru yang  berdedikasi dan sanggup berkhidmat di kawasan penempatan kaum itu.<\/p>\n<p>Katanya  komponen terakhir dan paling penting adalah perubahan sikap ibu bapa  yang mementingkan pendidikan anak-anak demi masa depan mereka dalam  mengharungi arus pemodenan.<\/p>\n<p>&#8220;Ibu bapa mesti berubah  sikap, sekiranya masih berada di takuk lama maka tiada gunalah kita  sediakan kemudahan sekolah serba lengkap tapi kesannya tidak seperti  yang kita harapkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Katanya dua cabaran  besar masyarakat Orang Asli dalam bidang pendidikan negara ialah kadar  keciciran tinggi di mana 31 peratus anak Orang Asli tidak melanjutkan  pelajaran ke peringkat sekolah menengah.<\/p>\n<p>Menurutnya  cabaran besar bagi pihak kerajaan pula adalah untuk memberi kesedaran  kepada masyarakat itu mengenai kepentingan bidang pendidikan.<\/p>\n<p>Cabaran  besar yang kedua adalah kurangnya pencapaian mereka dalam bidang  pendidikan dan oleh sebab itu usaha kerajaan diperlukan untuk melihat  kejayaan mereka, katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, ketika  berucap pada majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Pekan di  Dewan Konvensyen, Pekan selepas itu, Najib berkata rakyat yang berbakat  dan berkebolehan dari segi intelektual dan kemahiran adalah rencah utama  dalam menentukan masa depan negara yang hebat.<\/p>\n<p>Katanya  penyatuan pelbagai kaum yang mewujudkan perpaduan dan keharmonian  masyarakat majmuk lebih jitu juga penting untuk memacu negara ini  mencapai status negara maju pada 2020.<\/p>\n<p>&#8220;Kita boleh  ibaratkan ia seperti sajian &#8216;Yee Sang&#8217; yang ramuan asalnya berasingan  tetapi apabila digabung dan dicampur adukkan akan menjadi sajian yang  menarik dan sedap dimakan.<\/p>\n<p>&#8220;Begitu juga dengan usaha  membawa lebih banyak kejayaan negara ini pada masa akan datang  bergantung kepada gabungan bakat, kebolehan dan ilmu pengetahuan  rakyatnya daripada masyarakat berbilang kaum,&#8221; katanya.<\/p>\n<p><em>&#8211; Bernama<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga berkata, masyarakat itu juga perlu dibekalkan guru yang&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"class_list":["post-1369","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita"],"jetpack_sharing_enabled":true,"featured_image_urls":{"full":"","thumbnail":"","medium":"","medium_large":"","large":"","1536x1536":"","2048x2048":"","covernews-slider-full":"","covernews-slider-center":"","covernews-featured":"","covernews-medium":"","covernews-medium-square":""},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/category\/berita\/\" rel=\"category tag\">BERITA<\/a>","tag_info":"BERITA","comment_count":"0","jetpack_featured_media_url":"","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1369"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1369\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}