{"id":1221,"date":"2013-04-02T23:26:37","date_gmt":"2013-04-02T23:26:37","guid":{"rendered":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/2013\/04\/02\/majlis-aprisiasi-dan-resepsi-kecemerlangan-pendidikan-terengganu-anjung-ilmu\/"},"modified":"2013-04-02T23:26:37","modified_gmt":"2013-04-02T23:26:37","slug":"majlis-aprisiasi-dan-resepsi-kecemerlangan-pendidikan-terengganu-anjung-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/majlis-aprisiasi-dan-resepsi-kecemerlangan-pendidikan-terengganu-anjung-ilmu\/","title":{"rendered":"Majlis Aprisiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Anjung Ilmu"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/s13.postimg.org\/dq5pgpfpz\/DSCN7872.jpg?w=640\" border=\"0\" alt=\"https:\/\/i0.wp.com\/s13.postimg.org\/dq5pgpfpz\/DSCN7872.jpg?w=640\" data-recalc-dims=\"1\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">KUALA TERENGGANU &#8211; Y.A.B Dato&#8217; Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah diberi gelaran sebagai &#8220;Bapa Tranformasi Terengganu Anjung Ilmu&#8221; dan Y.B Dato&#8217; Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Exco Pelajaran Negeri Terengganu pula diberi gelaran sebagai &#8220;Pemacu Kecemerlangan Terengganu Anjung Ilmu&#8221; oleh warga pendidikan Terengganu sempena Majlis Aprisiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Anjung Ilmu yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak hari ini.<\/p>\n<p>Anugerah dan gelaran tersebut disampaikan oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili warga pendidikan Terengganu. Majlis berkenaan dihadiri oleh lebih kurang lima ribu orang warga pendidikan termasuk Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru seluruh negeri. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato&#8217; Haji Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Majlis ini juga satu cara Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri menghargai sumbangan dan dedikasi cemerlang PPD, Pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Terengganu yang meraih kejayaan cemerlang dalam SPM dan STPM. Penghargaan dan aprisiasi yang sama telah diadakan di Wisma Darul Iman pada Mac lepas bagi menghargai kejayaan UPSR dan PMR.<\/p>\n<p>Antara Anugerah yang diperkenalkan ialah PPD Unggul Anjung Ilmu, PPD Lestari Anjung Ilmu, PPD Anjung Ilmu, Sekolah Unggul Anjung Ilmu, Sekolah Anjung Ilmu,Sekolah Lonjakan Anjung Ilmu, Panitia Mata Pelajaran Anjung Ilmu dan hadiah kemuncak Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu.SM Imtiaz, Besut telah menerima Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu dengan merangkul RM10,000.00 bagi kategori SPM dan SMK A Durian Guling, Marang meraih RM10,000 bagi STPM kategori yang sama.<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">\n<!--more--><\/p>\n<p>Y.A.B Menteri Besar dalam ucapannya memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan lebih 300 juta ringgit Malaysia setahun bagi membangun kecemerlangan pendidikan anak negeri. Peruntukan yang besar ini tegas beliau sebagai jihad dan perjuangan bagi memastikan anak-anak Terengganu tidak ketinggalan. Peruntukan berkaitan bukan saja berupa berbagai insentif tetapi juga peruntukan bagi menambah prasarana dan kemudahan pendidikan.<\/p>\n<p>Atas dedikasi, keikhlasan dan perjuangan YAB Menteri Besar itu kita Aprisasikan puisi&#8230;<\/p>\n<p>Mekar Mewangai : Terima Kasih MB.<\/p>\n<p>Bukannya\u00a0 mudah bagimu melakar kanvas kehidupan<br \/>Bukannya\u00a0 mudah untukmu mewarna sebuah perjalanan<br \/>Bukannya mudah dirimu menggalas harapan<br \/>Pemimpin kerdil yang mempertaruhkan<br \/>Kekuatan dan semangat juang<br \/>Membugar semangat menjulang\u00a0 peradaban<br \/>Demi tanggung jawab dan kewajipan<br \/>Kecemerlangan pendidikan menjadi taruhan<\/p>\n<p>Deruan ombak laut Cina Selatan<br \/>Adalah pahit getir perjuanganmu<br \/>Seteguh karang di dasar lautan<br \/>Itulah\u00a0 tekad\u00a0 dan semangat jitumu<br \/>Patah sayap bertongkatkan kuku<\/p>\n<p>Bukan sedikit duka di jiwa<br \/>Bukan sedikit luka di dada<br \/>Bukan sedikit tohmahan menyapa<br \/>Bukan sedikit celaan melanda<\/p>\n<p>Namun,<br \/>Kekuatan minda dan jiwa<br \/>Mengatasi halangan segala<br \/>Berpaksikan keikhlasan<br \/>Bertunjangkan keimanan<br \/>Bertiangkan ketakwaan <br \/>Kau telan hinaan dan cacian<br \/>Kau tempis semua kerakusan<br \/>Kau singkir segala kedukaan<br \/>Kau gantung sejuta harapan<br \/>Kau tanam\u00a0 seribu impian<br \/>Kau telah patahkan\u00a0 kesombongan dan keegoaan<br \/>Insan-insan petualang<br \/>Yang sentiasa menusuk kritikan\u00a0 berbisa<br \/>Bagaikan kerikil tajam<br \/>Menghalang musafir kembara sucimu<\/p>\n<p> Kini<br \/>Perjuanganmu telah membuahkan kasturi kemenangan<br \/>Wangi semerbak menghiasi gapura bumi Darul Iman<br \/>Kau bisa tersenyum bangga<br \/>Tunas bangsa yang kau semai dengan keringat dan air mata <br \/>Tumbuh mekar menjadi insan perkasa segala<br \/>Ilmu dan iman\u00a0 seiring bersama<br \/>Menjana\u00a0 insan kelas pertama<\/p>\n<p>Buatmu Dato\u2019 Seri Hj Ahmad bin Said<br \/>Kami panjatkan keredaan Tuhan<br \/>Kami sulamkan doa dan harapan<br \/>Kami titipkan cinta dan sayang<br \/>Teruskan perjuangan sucimu<br \/>Kami\u00a0 sentiasa bersamamu<br \/>Melestarikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Y.A.B Dato&#8217; Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah diberi&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"class_list":["post-1221","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita"],"jetpack_sharing_enabled":true,"featured_image_urls":{"full":"","thumbnail":"","medium":"","medium_large":"","large":"","1536x1536":"","2048x2048":"","covernews-slider-full":"","covernews-slider-center":"","covernews-featured":"","covernews-medium":"","covernews-medium-square":""},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/category\/berita\/\" rel=\"category tag\">BERITA<\/a>","tag_info":"BERITA","comment_count":"0","jetpack_featured_media_url":"","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1221","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1221"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1221\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/smkadg.edu.my\/v3\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}