Perasmian Projek Dorm Abad Ke-21
Ahad, 11 Jun 2017 – Satu majlis perasmian Dorm contoh telah diadakan di Asrama SMKADG. Projek Dorm contoh ini adalah inisiatif sekolah bersama En. Zakaria bin Jusoh (Peserta NPQEL). Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua sektor Pendidikan Islam JPNT, En. Awi bin Salleh. Objektif projek ini adalah untuk menjadikan dorm 1 sebagai dorm contoh bagi model dorm abad ke-21.