GOTONG ROYONG ASRAMA
MARANG, 8 SEPT : Gotong royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan. Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh elemen atau lapisan masyarakat yang ada.
Dengan sebab itu sekolah yang mempunyai asrama perlulah menitikberatkan gotong royong. Asrama SMKADG juga tidak ketinggalan mengamalkan konsep sebegini. Aktiviti ini dijalankan pada minggu pelajar asrama tidak pulang ke kampung dan menjadi amalan mingguan kepada sekolah ini. Sebagai contohnya mengadakan gotong royong membersih asrama pada pagi ini.
Menurut Penolong Kanan HEM , Tuan haji Mohammad bin Razak, ianya merupakan aktiviti mingguan yang dilakukan bagi memastikan keadaan bilik samada bilik tidur, bilik rehat serta kawasan asrama sentiasa bersih .
Semoga amalan seumpama ini diteruskan bagi melahirkan ramai pelajar yang mengamalkan sikap yang baik.